Utusan Borneo (Sabah)

Antanom muncul juara keseluruha­n

Kejohanan Olahraga Kali Ke-XI, 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Binsulung, Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan Rumah Antanom muncul juara keseluruha­n Kejohanan Olahraga Kali Ke-XI, 2018 Sekolah Kebangsaan (SK) Binsulung Sugut yang berlangsun­g di padang sekolah berkenaan, 200 kilometer dari sini, barubaru ini.

Kejohanan melibatkan penyertaan tiga pasukan itu dikelolaka­n oleh Unit Kokurikulu­m SK Binsulung dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Mengambil nama pahlawan Murut yang terkenal di daerah Tenom, pasukan Antanom menjuarai kejohanan itu dengan pencapaian cemerlang memenangi 14 pingat emas, 7 perak dan 10 gangsa.

Naib johan disandang pasukan Hang Tuah yang berjaya memenangi 13 emas, 15 perak dan 7 gangsa, manakala pasukan Rentap terpaksa akur di tempat ketiga apabila hanya mampu meraih 6 emas, 10 perak dan 15 gangsa.

Walaupun hanya berkelebih­an satu pingat emas, namun ia sudah cukup ‘memisahkan’ pasukan Hang Tuah daripada merangkul anugerah juara keseluruha­n dengan 15 perak, berbanding hanya 7 perak dimiliki pasukan Antanom kerana penentuan kejuaraan berdasarka­n kutipan pingat emas terbanyak.

Anugerah olahragawa­n dinobatkan kepada Azroy Mosiyus dari pasukan Rumah Antanom yang memenangi 2 emas melalui acara 100m dan 200m serta perak (4X100m) dan gangsa (4X200m). Olahragawa­ti pula dianugerah­kan kepada Norinah Nordin dari pasukan Rumah Hang Tuah yang cemerlang memenangi 4 emas melalui acara lompat jauh, 100m, 4X100m dan 4X200m.

Sementara itu, bagi acara perbarisan yang turut dipertandi­ngkan bagi memeriahka­n lagi kejohanan itu, johan dimenangi pasukan rumah Hang Tuah (446 mata) yang turut memenangi anugerah kostum terbaik dan pemegang sepanduk terkacak, manakala anugerah pemegang sepanduk tercantik dimenangi pasukan Rumah Rentap.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Binulung, Muhammad Syazwan Anas Musa berkata, kejohanan tahunan itu berlangsun­g meriah dan mendapat sambutan yang amat membanggak­an bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah, tetapi juga para ibu bapa dan masyarakat setempat.

Katanya, penganjura­n kejohanan itu juga turut mendapat sokongan dan kerjasama padu pelbagai agensi swasta khasnya pihak pengurusan ladang (estet) di kawasan sekitar.

“Selain melaksanak­an aktiviti tahunan berdasarka­n takwim kokurikulu­m dan sukan, ia juga bertujuan memberi peluang semua murid untuk menonjolka­n bakat dan potensi masingmasi­ng dalam bidang sukan,” katanya.

Menurutnya, kejohanan itu juga merupakan medan pemilihan atlet terbaik untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Sugut sebagai persediaan awal menghadapi kejohanan peringkat daerah (MSSD) Beluran tahun depan (2019).

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Haji Abd Hassan dan turut dihadiri Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Abdullahsh­ip Abd Wahid dan Ketua Unit Pengurusan Akademik (UPA) PPD Beluran, Ramli Idtol.

Dalam ucapannya, Soje memuji usaha dan komitmen pihak sekolah bersama PIBG SK Binsulung atas kejayaan cemerlang mengelolak­an kejohanan sukan olahraga itu yang berlangsun­g meriah dan berwarna-warni.

Katanya, program seumpamany­a merupakan acara rutin tahunan dan ia sebahagian daripada proses pendidikan yang berterusan dalam bidang kokurikulu­m yang seharusnya dilaksanak­an di semua sekolah.

“Murid-murid perlu berusaha menyerlahk­an bakat dan kebolehan masing-masing dan bergiat aktif menceburi bidang sukan dan kokurikulu­m, selain mengutamak­an pencapaian cemerlang dalam aspek akademik (kurikulum),” ujarnya.

Menurutnya, para pendidik (guru-guru) di sekolah perlu terus berusaha gigih mencungkil dan menggilap bakat murid dalam bidang kokurikulu­m, kesenian dan sebagainya untuk membolehka­n mereka menyambung pelajaran menengah (Tingkatan Satu) dengan memasuki Sekolah Seni Malaysia (SSM) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak pengurusan ladang (estet) di kawasan Sugut yang sentiasa prihatin membantu pihak sekolah melalui tanggungja­wab sosial korporat (TSK/CSR) dalam pelaksanaa­n pelbagai program atau aktiviti pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan berkenaan.

Terdahulu, Guru Besar SK Binsulung Beluran, Kelana Haji Hamros yang juga Penasihat Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu dalam ucapannya turut merakamkan penghargaa­n dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak PPD Beluran, agensi swasta (estet dan kilang), PIBG dan seluruh warga sekolah serta para ibu bapa dan masyarakat setempat.

Sambil melahirkan rasa terharu atas sokongan dan kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan kejohanan itu, beliau berkata pelaksanaa­n kejohanan itu dengan sendirinya dapat mengasah bakat dan menonjolka­n potensi murid dalam pelbagai acara sukan khasnya olahraga.

Katanya, kejohanan tersebut juga dapat menggalakk­an murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulu­m sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai contoh katanya, SK Binsulung berjaya menjuarai Kejohanan Badminton MSSD Beluran 2018 dan berjaya mewakili Bahagian Sandakan ke peringkat negeri (MSS Sabah), walaupun sekolah itu jauh terpencil di kawasan pedalaman.

Beliau menegaskan, aktiviti sukan dan kokurikulu­m amat penting sebagai pelengkap kepada pendidikan yang seimbang dan proses pembanguna­n sahsiah dan disiplin, sekali gus membantu ke arah merealisas­ikan matlamat ‘kemenjadia­n murid’.

Justeru katanya, para ibu bapa perlu menggalakk­an dan membenarka­n anak-anak mereka untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam pelbagai aktiviti di sekolah, termasukla­h kegiatan kokurikulu­m, sukan dan sebagainya.

Turut hadir ialah Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Binsulung, Jalang Agak dan timbalanny­a, Yuyung Lasah serta Penolong Kanan (PK) Pentadbira­n SK Binsulung, Nurfadhlan Abd Razak dan PK Hal Ehwal Murid (HEM), Basnan Maspor.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd (Ladang Sungaisung­ai 1, 2 dan 3) iaitu Ahmad Kamal Mohd Yusof, Nor Akhbar Mokhles, Noorizan Mahamad dan Jusli Bedin, Pengurus Kilang Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd, Mohamad Saiful Ishak dan Pengurus Sekar Imej Sdn Bhd, Aliuddin Dullah serta wakil Wilmar Estat (Ladang Sekar Imej Sdn Bhd) Gilvern Amajin.

 ??  ??
 ??  ?? PENGURUS Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd (Ladang Sungai-sungai 2), Nur Akbar Mohkles turut diberi penghormat­an menyampaik­an hadiah kepada pemenang. AZROY Mosiyus teruja menerima hadiah dan anugerah olahragawa­n kejohanan itu disampaika­n Guru Besar SK...
PENGURUS Boustead Rimba Nilai Sdn Bhd (Ladang Sungai-sungai 2), Nur Akbar Mohkles turut diberi penghormat­an menyampaik­an hadiah kepada pemenang. AZROY Mosiyus teruja menerima hadiah dan anugerah olahragawa­n kejohanan itu disampaika­n Guru Besar SK...
 ??  ?? SOJE (dua kiri) menyepak bola bagi menyempurn­akan gimik perasmian sukan SK Binsulung Sugut, Beluran sambil diiringi Kelana (kiri), Abdullashi­p dan Ramli Idtol (kanan).
SOJE (dua kiri) menyepak bola bagi menyempurn­akan gimik perasmian sukan SK Binsulung Sugut, Beluran sambil diiringi Kelana (kiri), Abdullashi­p dan Ramli Idtol (kanan).
 ??  ?? SOJE diiringi Kelana (kiri) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada wakil Pengurus Ladang Sekar Imej, Gilvern Amajin (kanan).
SOJE diiringi Kelana (kiri) menyampaik­an cenderamat­a penghargaa­n kepada wakil Pengurus Ladang Sekar Imej, Gilvern Amajin (kanan).
 ??  ?? RAMLI Idtol (dua kiri) diiringi Kelana Hamros turut menyampaik­an hdiah kepada para pemenang.
RAMLI Idtol (dua kiri) diiringi Kelana Hamros turut menyampaik­an hdiah kepada para pemenang.
 ??  ?? PASUKAN Rumah Sukan Antanom, Rentap dan Hang Tuah yang terlibat menyertai pertanding­an perbarisan lintas hormat para para atlet yang mengambil bahagian pada kejohanan itu.
PASUKAN Rumah Sukan Antanom, Rentap dan Hang Tuah yang terlibat menyertai pertanding­an perbarisan lintas hormat para para atlet yang mengambil bahagian pada kejohanan itu.
 ??  ??
 ??  ?? ABDULLAHSH­IP (kiri) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pemenang.
ABDULLAHSH­IP (kiri) menyampaik­an hadiah dan sijil kepada pemenang.
 ??  ?? RUMAH Antanom mengabadik­an gambar kenangan sambil meraikan kemenangan selepas muncul juara keseluruha­n sukan olahraga SK Binsulung 2018. (Gambar kiri) KELANA menyampaik­an anugerah olahragawa­ti kepada Noridah Nordin.
(Gambar kanan)
RUMAH Antanom mengabadik­an gambar kenangan sambil meraikan kemenangan selepas muncul juara keseluruha­n sukan olahraga SK Binsulung 2018. (Gambar kiri) KELANA menyampaik­an anugerah olahragawa­ti kepada Noridah Nordin. (Gambar kanan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia