Utusan Borneo (Sabah)

Negeri Sembilan kekal rentak kemenangan saingan Liga Super

-

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super setelah menewaskan kelab PKNS FC 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam Ahad.

Kemenangan tersebut menyaksika­n Skuad Rusa naik satu anak tangga ke kedudukan ke-11 liga dengan kutipan 11 mata setelah beraksi dalam 13 perlawanan setakat ini.

Pada aksi di Paroi, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti yang disempurna­kan pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior pada minit ke-35.

Pengadil perlawanan SuhaiziShu­krimemberi­kan sepakan penalti berkenaan setelah percubaan pemain Negeri Sembilan terkena tangan pasukan pelawat K. Gurusamy dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga berakhirny­a babak pertama perlawanan.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung ke babak kedua, pasukan tuan rumah kembali menggandak­an asakan dan Flavio berjaya mencipta gol peribadi kedua pada minit ke-61 menerusi sepakan penalti setelah bola terkena tangan Kapten PKNS FC, Zachary Michael Anderson.

Pemain gantian, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir terus menambah derita pasukan PKNS FC apabila menjaringk­an gol ketiga pada minit ke68 setelah memanfaatk­an hantaran lintang Mohd Aizulridzw­an Razali.

PKNS FC berjaya merapatkan defisit jaringan menerusi pemain import dari Colombia, Romel Oswaldo Morales Ramirez pada minit ke-72 dan keputusan 3-1 itu kekal sehingga perlawanan tamat. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMAIN pertahanan Negeri Sembilan Alex De Moreas Gomes (tiga, kiri) diasak oleh pemain pertahanan PKNS FC Rodney Celvin Akwensivie (atas) pada saingan Liga Super Malaysia 2018 Negeri Sembilan menentang PKNS FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR),...
- Gambar BERNAMA PEMAIN pertahanan Negeri Sembilan Alex De Moreas Gomes (tiga, kiri) diasak oleh pemain pertahanan PKNS FC Rodney Celvin Akwensivie (atas) pada saingan Liga Super Malaysia 2018 Negeri Sembilan menentang PKNS FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR),...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia