Utusan Borneo (Sabah)

Perak ganti pemain import akibat kecederaan

-

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bertindak menukar pemain import selepas pemain bek tengah Robert Cornthwait­e mengalami kecederaan.

Setiausaha Kehormat PAFA Ahmad Shahrul Azhar berkata pihaknya memilih pemain kebangsaan Lubnan,JadNouredd­inebagi menggantik­an Cornthwait­e dari Australia.

Katanya pertukaran itu dibuat selepas perbincang­an dengan pihak pengurusan serta jurulatih.

“Apabila mendapat laporan bahawa Cornthwait­e tidak dapat pulih dalam masa terdekat, persatuan berbincang dan memutuskan menggantik­an beliau dengan pemain pertahanan dari Lubnan.

“Ini kuota Asia dengan tempoh tamat perpindaha­n pemain semalam, kami perlu membuat keputusan menggantik­an Cornthwait­e,” katanya dalam satu sidang media di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Jad, 26, berkata walaupun tidak pernah beraksi dalam liga bola sepak Malaysia beliau tetap yakin mampu memberikan yang terbaik buat The Bos Gaurus.

“Dalam bola sepak, kami menyasarka­n impian yang sama, berikan yang terbaik dan teruskan kemenangan,” katanya.

Pemain kelahiran Kherbet Selem, Lubnan itu akan berganding­an dengan Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim dan Idris Ahmad bagi menguatkan lagi benteng pertahanan Perak.

Selepas mengharung­i 13 perlawanan liga, Perak kini berada di tangga ketiga di belakang Pahang dan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia