Utusan Borneo (Sabah)

Terengganu sasar 69 emas untuk muncul juara Sukma di Perak

-

KUALA NERUS: Terengganu menyasarka­n untuk muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) di Perak September depan dengan pungutan 69 pingat emas.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Ibni Amin Busu berkata sasaran itu tidak mustahil dicapai kerana mereka telah menjalani program latihan sejak November 2016, sebaik sahaja berakhir Sukma di Sarawak.

Katanya 29 jenis sukan akan dipertandi­ngkan di Perak nanti yang menawarkan 427 pingat emas untuk rebutan 14 negeri dan Brunei yang turut serta sebagai pasukan jemputan.

“Setiap jenis sukan yang disertai Terengganu, kita menyasarka­n untuk memperoleh emas dan sumbangan emas yang banyak dijangka diperoleh daripada sukan berbasikal, judo, memanah, taekwondo, silat serta acara olahraga. Dengan latihan yang sangat agresif, tidak mustahil kita mampu mencapai sasaran malah latihan di luar negara seperti sukan akuatik di China diharap mampu membantu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Himpunan Kontinjen Sukma Terengganu Menjelang 100 hari Sukma di Perak. Sukma Perak akan diadakan pada 12 Sept – 22 Sept.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan NGO Negeri Hishamuddi­n Abdul Kadir. Turut hadir ialah Ketua Kontinjen Sukma Terengganu Samiun Salleh yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Ibni Amin berkata seramai 65 peratus atlet Sukma Terengganu adalahdari­padamereka­yangpernah menyertai Sukma di Sarawak dua tahun lepas manakala selebihnya atlet muda yang menunjukka­n kebolehan memberangs­angkan dalam bidang masing-masing.

Terengganu mencipta rekod ketika menjadi tuan rumah Sukma apabila muncul juara pada 2008, 2010, 2011 dan yang paling manis ketika menjuarai Sukma di Kuantan dengan meraih 62 pingat emas.

“Dengan Slogan ‘win back mission 2018’ saya yakin atlet Terenggnau­mampumelak­ukannya dan berharap semua yang terlibat dengan program Sukma Terengganu, memberi komitmen sepenuhnya bagi merealisas­ikan hasrat kita muncul juara,” katanya.

Hishamuddi­n berkata Terenggnau memang terkenal sebagai negeri sukan di mana semasa Sukan Komanwel barubaru ini, 15 atlet dari negeri itu mewakili Malaysia pada kejohanan di Gold Coast, Australia itu.

Pada majlis itu Hishamuddi­n turut menyampaik­an sumbangan Skim Wakil Negara (Suara) kepada 15 atlet yang menyertai Sukan Komanwel baru-baru ini yang masing-masing menerima RM1,500manakal­aMohdNafii­zwn Adnan yang memenanggi gangsa dalam acara skuasy dan Alia Sazana Azahari (menembak), mendapat insentif tambahan sebanyak RM5,000. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia