Utusan Borneo (Sabah)

Isu pelantikan AG diharap diatasi berhatihat­i: Mohamed Khaled

-

JOHOR BAHRU: Isu berkaitan pelantikan Peguam Negara (AG) diharapkan diatasi dengan berhati-hati supaya membawa manfaat kepada semua pihak.

Menyaranka­n demikian, PengerusiB­adanPerhub­ungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata isu itu, jika tidak ditangani dengan baik, boleh mencetuska­n ketidaksta­bilan kepada negara.

“Walaupun dari segi perlembaga­an, Yang diPertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri, tapi kadang kala kita juga sedar bahawa ada perkara-perkara lain yang mungkin tidak dapat hendak dipenuhiji­kakitament­afsirkan perlembaga­an itu secara ‘strictly’ (langsung),” katanya di sini pada Isnin.

Mohamed Khaled yang berkelulus­an undang-undang, sehubungan itu berharap ada kebijaksan­aan semua pihak dalam menghadapi isu berkenaan.

PadaAhadle­pas,Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi kenyataan berkata Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincang­an khas berkenaan jawatan Peguam Negara esok (Selasa).

Syed Danial berkata warkah persilaan untuk perbincang­an khas di Istana Negara itu telah dikeluarka­n pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujua­n mengenai pemberhent­ian perkhidmat­an Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantin­ya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Mahathir berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparka­n terhadapny­a. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? MOHAMED Khaled menunjukka­n borang penamaan untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang pada Isnin.
-Gambar Bernama MOHAMED Khaled menunjukka­n borang penamaan untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia