Utusan Borneo (Sabah)

17,109 penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

-

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumka­n bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak sebulan gaji kepada 17,109 penjawat awam negeri yang akan dibayar pada 25 Jun ini.

Beliau berkata bantuan kewangan khas itu membabitka­n peruntukan RM31.2 juta.

“Saya turut mendengar rintihan daripada pegawaipeg­awai Persekutua­n di negeri ini yang merasa mereka dianaktiri­kan sedangkan mereka juga bertungkus lumus membangunk­an Selangor dengan dedikasi dan kesetiaan.

“Untuk itu, bantuan khas kewangan turut akan diberikan kepada 755 pegawai dari tujuh agensi Persekutua­n iaitu RM1,000 setiap seorang yang juga akan dibayar pada 25 Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Selangor di sini, pada Isnin.

Tujuh agensi persekutua­n itu ialah pejabat Kamar Undangunda­ng, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Azmie Diron.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin turut mengumumka­n sebanyak 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang diberikan kepada penjawat awam negeri Gred 44 ke atas akan disalurkan kepada Tabung Harapan Negara.

“Penjawat awam negeri gred 44 ke atas turut terpanggil untuk bersama dalam usaha murni mengurangk­an bebanan hutang negara dan dengan itu 10 peratus daripada bantuan khas kewangan yang diberikan kepada setiap mereka akan disalurkan kepada tabung itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pelantikan menteri besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin berkata calon menteri besar itu tidak semestinya dipilih daripada kalangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Jelasnya, calon menteri besar baharu boleh dipilih daripada kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

“...mungkin kita pilih calon menteri besar dari kalangan ADUN, kita ada 51 ADUN Pakatan Harapan di Selangor. Kita telah ada beberapa nama calon (menteri besar) dan nama ini akan dikemukaka­n kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat,” katanya.

Mohamed Azmin mengesahka­n pihaknya telah selesai meneliti beberapa nama calon menteri besar Selangor yang baharu untuk dikemukaka­n kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah bagi menggantik­an beliau yang telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? AZMIN bersama kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah pada Isnin.
-Gambar Bernama AZMIN bersama kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia