Utusan Borneo (Sabah)

Gobind sambut baik cadangan RTM tingkat prestasi siaran langsung Piala Dunia FIFA

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo menyambut baik semua cadangan berkaitan usaha untuk meningkatk­an prestasi siaran langsung Piala Dunia FIFA 2018 yang akan disiarkan di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

“Terima kasih kepada semua yang beri cadangan untuk meningkatk­an prestasi siaran Piala Dunia 2018 ini. Semua cadangan amat dialu-alukan!,” katanya menerusi Twitter dan Facebook miliknya pada Isnin.

Antara yang memberi cadangan menerusi Twitter ialah Sophian Aziz @ izzsophian yang memberi maklum balas: “Saya dengar RTM mempunyai teknologi terbaik di Malaysia. Harap dapat siarkan lebih baik di kaca tv.

Asyraf Azizi @acap_ munez menulis: “Hi YB @GobindSing­hDeo, untuk Piala Dunia nanti, pastikan pengacara, golongan cerdik pandai dan pakar bola sepak, RTM ambil yang berkaliber. Yang pandai cakap & analisis pasal bola sepak. - yang benar, peminat bola sepak.

Marvin @marvinreds_27 menerusi Twitter menyebut RTM juga perlu benarbenar meningkatk­an diri dari segi kualiti pelaporan dan kandungan persembaha­n. Mereka tidak boleh menunggu dan melaporkan tentang sesuatu tetapi perlu berusaha untuk mencarinya seperti yang dilakukan BBC, AJ, Fox dan CNN

Sementara itu, yadziz @ yadziz : “Tuan, saya rasa, anda sepatutnya mempunyai mereka yang berbakat dan berpendidi­kan dalam sesuatu rancangan sebagai moderator seperti Awani. Sentiasa bersedia, seperti soalan yang cemerlang. Mendidik audiens. Beri idea bernas dan mempunyai perbincang­an yang membina dengan sedikit provokatif.

Pada 30 Mei lepas, Gobind mengumumka­n RTM akan menyiarkan 27 perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 secara langsung manakala 14 perlawanan lagi menerusi siaran tertunda.

Acara yang diadakan empat tahun sekali dengan Rusia sebagai tuan rumah edisi kali ini melibatkan 32 negara yang bertanding untuk merebut piala berprestij itu. -Bernama

 ??  ?? GOBIND
GOBIND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia