Utusan Borneo (Sabah)

Parti Amanah mahu melahirkan ramai pemimpin berjiwa rakyat

-

SIBU: Parti Amanah Negara (Amanah) mahu melahirkan lebih ramai pemimpin berjiwa rakyat, bertakwa dan bertanggun­gjawab dalam kalangan belia di sini.

Pengarah Pilihan Raya Amanah Sarawak Hud Andri Zulkarnaen berkata Sibu mempunyai latar belakang politik agak istimewa kerana ramai barisan pemimpin tertinggi Amanah di Sarawak berasal dari Sibu.

“Jika dilihat, ahli jawatankua­sa tertinggin­ya (Amanah), setiausaha politik, ketua pemudanya dan pengarah pilihan raya semuanya dari Sibu.

“Oleh itu, dalam usaha mengembang­kan Amanah di Sarawak, kami membawa harapan agar wadah perjuangan parti ini mampu melahirkan lebih ramai pimpinan generasi muda bertakwa untuk negara selain memberi kesedaran pentingnya membina sebuah negara bersih dan telus,” katanya.

Beliau berkata demikian padasidang­mediapelan­caran penubuhan penaja Parti Amanah Parlimen Sibu dan Igan di sini, baru-baru ini.

Justeru, Andri yang juga bekas calon Amanah Parlimen Igan berkata penubuhan penaja di dua kawasan itu mampu memberi impak besar dan luaskepada­AmanahSara­wak menjalanka­n aktiviti bagi mendekati rakyat.

“Parti Amanah Negara Sarawak walaupun dalam usia masih baharu di negeri ini namun giat melebarkan sayap menubuhkan kawasan dan cawangan selaras dengan matlamat dan hala tuju parti.

“Kami yakin mampu bekerja mendekati rakyat dengan lebih efektif dan efisien,” jelasnya.

Sementara itu, senarai ahli jawatankua­sa penaja Amanah Parlimen Sibu menyaksika­n Ahmad Tarmizi Mohamed selaku pengerusi, Ahmad Shahranie Ahmad Fauzi (timbalan pengerusi), Ishammuudi­n Hadi (naib pengerusi), Zurkarnain Majidi (setiausaha) dan Mohammad Rasdi Mat (pengarah pilihan raya).

 ??  ?? JULAIHI (tiga kiri) secara simbolik menyerahka­n borang keahlian kepada Andri pada sidang media di Sibu kelmarin.
JULAIHI (tiga kiri) secara simbolik menyerahka­n borang keahlian kepada Andri pada sidang media di Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia