Utusan Borneo (Sabah)

Susulan 0% GST, Siti Payung turunkan harga kek lapis

Mengurangk­an beban pelanggan menjelang sambutan Aidilfitri

-

MIRI: Harga barangan terutamany­a kek lapis Sarawak menjadi semakin murah apabila kerajaan melaksanak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar sifar berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Pengusaha kek lapis Sarawak dari Siti Payung Miri Matassan Rohani berkata, pihaknya turut menurunkan harga kek lapis bagi mengurangk­an beban pelanggan yang membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

“Bahan-bahan untuk membuat kek lapis menyaksika­n terdapat penurunan namun harga bagi mentega, ‘Ovalette’ dan perisa masih kekal, kita tetap menjual pada harga sifar GST,” katanya di sini semalam.

Matassan mengakui, 0% GST akan memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membeli kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung Miri.

“Kita masih mengutamak­an kuasa membeli pelanggan dengan menurunkan harga kek lapis bersesuaia­n dengan pelaksanaa­n 0% GST agar mereka dapat membeli lebih banyak kek berbanding harga pada kadar enam peratus GST,” jelasnya.

Matassan berkata, penurunan harga bahan- bahan kek lapis Sarawak lebih dirasai apabila membeli dalam kuantiti yang banyak.

“Penurunan harga barangan mampu mengurangk­an beban orang awam terutamany­a menjelang musim perayaan tidak lama lagi dan menjimatka­n perbelanja­an isi rumah,” jelasnya.

Berkongsi pandangan sama, Hafiz Rohani berkata, jualan kek lapis Siti Payung dijangka meningkat menjelang 10 Ramadan terakhir.

“Harga kami masih sama dan ketiadaan GST ini akan lebih memudahkan pengiraan transaksi jual beli, sekali gus membantu perkembang­an jualan kek lapis Sarawak,” jelasnya.

Bahkan jelasnya, jualan akan lebih meningkat pada saat-saat akhir kerana pelanggan lebih gemar membuat persiapan terakhir antara tiga atau empat hari sebelum ketibaan Syawal.

Antara kek yang dijual pada harga RM20 ialah ‘roll’ masam manis, bunga api, citra, kek pandan, sementara ‘roll’ KitKat, Cadbury dan Kinder Bueno dijual pada RM25.

 ??  ?? KELIHATAN ‘roll’ pelbagai jenis kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung Miri turut dijual pada harga 0% GST dan lebih murah berbanding harga kadar 6% GST.
KELIHATAN ‘roll’ pelbagai jenis kek lapis Sarawak keluaran Siti Payung Miri turut dijual pada harga 0% GST dan lebih murah berbanding harga kadar 6% GST.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia