Utusan Borneo (Sabah)

MOF sokong, sedia bantu pelaksanaa­n Skim KWSP untuk suri rumah

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kewangan (MoF) menyokong penuhlangk­ahmemperke­nalkan inisiatif Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kalangan suri rumah dan bersedia membantu Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjayakan usaha itu.

Inisiatif tersebut dikemukaka­n oleh KPWKM yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr WanAzizahW­anIsmailya­ngjuga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata dasar itu juga selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk meningkatk­an tahap keselamata­n sosial golongan suri rumah yang bergantung kepada suami bagi menyara hidup.

“Skim ini dijangka bermula tahun ini secara sukarela dan akan melibatkan pemindahan 2.0 peratus daripada caruman sedia ada KWSP suami kepada akaun KWSP suri rumah terbabit.

“Saya percaya skim ini tidak membebanka­n manamana pihak kerana suami tidak mengalami sebarang penguranga­n dari segi gaji bersih yang dibawa pulang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Lim berkata, skim itu juga sebaliknya akan mewujudkan satu hubungan ekonomi lebih saksama antara suami dan isteri yang tidak bekerja selain menguatkan lagi institusi kekeluarga­an dengan menyediaka­n jaringan keselamata­n sosial yang baharu.

“Pada masa ini, KWSP melaksanak­an satu skim simpanan persaraan sukarela khusus bagi mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Tambahan sebanyak 15 peratus daripada semua caruman di bawah skim ini adalah disumbangk­an oleh kerajaan kepada semua peserta, tertakluk kepada had RM250 setahun,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia