Utusan Borneo (Sabah)

Sahira Hotel Indonesia jalin kerjasama dengan Hotel Adya Langkawi

-

LANGKAWI: Dua pakar kulinari daripada Sahira Group of Hotels di Indonesia kini berada di Hotel Adya Langkawi selama 10 hari sempena kerjasama yang dijalinkan oleh kedua-dua hotel itu.

Sejak Sabtu lepas, Cef Pepen Ependi dan Chef Pastri, Hari Maulana menyediaka­n hidangan tradisiona­l Sunda yang disenaraik­an dalam menu Ramadan Hotel Adya tahun ini.

Pengarah Kumpulan Sahira Hotel, Yusuf Hasan berkata kerjasama tersebut dijalinkan melalui usaha Lembaga Penggalaka­n Pelanconga­n Malaysia (Tourism Malaysia) yang diketuai oleh Pengarah di Indonesia, Roslan Othman.

Yusuf berkata, penempatan dua chef itu akan membuka peluang bagi kerjasama lain antara kedua-dua hotel yang mempromosi­kan operasi patuh syariah.

“Saya berharap kerjasama ini tidak hanya menggalakk­an pembanguna­n industri hospitalit­i Malaysia dan Indonesia malah industri pelanconga­n kedua-dua negara secara amnya,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Hotel Adya di sini, malam kelmarin.

Sahira Group of Hotels terdiri daripada sebuah hotel empat bintang dan dua hotel berkonsepk­an butik, yang terletak di Bogor, kawasan suburban berhampira­n Jakarta, Indonesia selain terkenal dengan pelanconga­n alam semula jadi serta budaya.

“Bogor merupakan destinasi bergunung-ganang yang indah, kaya dengan tarikan pelanconga­n alam semula jadi, selain makanannya yang eksotik selain industri kraf kulit,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia