Utusan Borneo (Sabah)

SP Setia jangka pasaran hartanah kembali meningkat

Pemansuhan GST dijangka memulihkan semula sentimen pembeli

-

JOHOR BAHRU: Pasaran hartanah negara yang mengalami aliran menurun dalam tempoh tiga tahun kebelakang­an ini dijangka kembali meningkat susulan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an berkadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Setia Bhd Datuk KhorChapJe­nberkatala­ngkah pemansuhan GST diharap dapat memulihkan semula sentimen pembeli terutama golongan muda dan pembeli rumah kali pertama.

“Pasaran hartanah sejak tiga tahun lepas sedikit mencabar dengan keadaan pasaran yang perlahan tetapi kita harap ia akan berubah susulan pilihan raya umum dan mampu meningkatk­an kembali sentimen pembeli.

“Kita juga melihat trend spekulator hartanah kian menurun, jadi, pembeli yang membeli hartanah pada ketika ini adalah mereka yang benarbenar mahu membeli rumah. Permintaan terhadap rumah sentiasa ada tetapi ia lebih menjurus kepada peningkata­n yang stabil secara perlahan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Alam Sekitar Sedunia (WED) 2018, di pejabat SP Setia Berhad, di Taman Setia Tropika, di sini, Isnin.

Khor berkata dari segi demografi di dalam negara, pihaknya mendapati masih ramai golongan muda yang memerlukan rumah.

Beliau berkata SP Setia mendapati permintaan terhadap rumah bertanah pada purata harga RM500,000 masih ada walaupun berhadapan dengan syarat pinjaman bank lebih ketat sejak tiga tahun kebelakang­an ini.

“Kita berharap perkara ini akan berubah setelah banyak permohonan dan rayuan kepada Bank Negara (Malaysia) oleh pembeli rumah kali pertama supaya mengkaji semula syarat yang dikenakan,” katanya.

Beliau berkata ini memandangk­an kebanyakan pembeli rumah kali pertama mempunyai komitmen lain seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau pembiayaan kenderaan yang menyukarka­n mereka membuat pembayaran pendahulua­n.

“Bagaimanap­un, kerajaan baru-baru ini menetapkan pembayar PTPTN boleh mula membayar balik apabila bergaji RM4,000 dan kita melihat perkara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembeli rumah dengan memberikan mereka lebih kuasa membeli,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata SP Setia akan memperkena­lkan projek pembinaan perumahan baharu di Bertam, Pulau Pinang iaitu Setia Fontaines, pada hujung tahun ini.

Projek berkenaan meliputi keluasan 677 hektar dan mengetenga­hkan jenis kediaman teres tunggal dan teres dua tingkat, kluster, rumah berkembar dan banglo.

“Projek lain yang terletak di dalam Iskandar Malaysia (Johor), Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan kerja-kerja pembanguna­n berterusan yang telah kita lancarkan sebelum ini.

“Oleh kerana projek perbandara­n ini melibatkan kawasan yang besar, ada yang memerlukan keluasan 120 hingga 160 hektar bahkan 320 hektar, dan pembinaan dijalankan secara berfasa,” katanya.

Beliau berkata antara projek SP Setia di Iskandar Malaysia ialah Bukit Indah, EcoGarden, Setia Tropika, Setia Indah, Taman Pelangi dan Taman Rinting di bawah anak syarikat, I&P Group Sdn Bhd (I&P Group).

“Pada 2017, kita mengambil alih I&P Group dan kita telah membuka lebih banyak ruang pembanguna­n di dalam Iskandar Malaysia. Kesemua projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun. Di Johor, trend permintaan yang paling tinggi adalah rumah bertanah berbanding pangsapuri.

“Secara umumnya rakyat negara kita telah terbiasa dengan keadaan perumahan bertanah tetapi pada masa akan datang, bila Johor semakin maju, mungkin rakyat di negeri ini akan lebih menerima rumah pangsapuri seperti di Kuala Lumpur,” katanya.

Pada program berkenaan, 80 murid dari empat sekolah terlibat dalam kempen kesedaran alam sekitar sempena WED 2018 dan mereka dibawa ke pameran bermakluma­t yang memaparkan keburukan penggunaan dan kebergantu­ngan terhadap plastik selain kebaikan inovasi melalui bahan biodegrasi.

Sekolah yan terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Dalam, SK Felda Bukit Permai, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) See Long dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kulai Besar yang merupakan sekolah angkat SP Setia di bawah Yayasan SP Setia menerusi Program Setia Sekolah Penyayang (SCSP). - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia