Utusan Borneo (Sabah)

Melaka fokus jana ekonomi melalui pembanguna­n pelabuhan

-

MELAKA: Kedudukan strategik Melaka yang menjadikan negeri itu pelabuhan terkenal yang menjana ekonomi semasa era Kesultanan Melayu Melaka telah memberi ilham kepada Ketua Menteri Adly Zahari untuk mengembali­kan sektor tersebut sebagai penjana ekonomi utama negeri itu.

Beliau berkata bagi menjadikan ia suatu realiti, Melaka perlu merancang pembanguna­n pelabuhan mampan dan langkah pertamanya adalah untuk memfokuska­n pembanguna­n hanya kepada tiga pelabuhan iaitu Pelabuhan Melaka Gateway, Pelabuhan Tanjung Bruas dan Pelabuhan Kuala Linggi.

Fokus kepada hanya tiga projek pelabuhan utama, berbanding sembilan oleh kerajaan sebelum ini, akan memberikan perhatian dan tumpuan yang lebih terhadap setiap projek berkenaan sekali gus mempercepa­tkan proses penjanaan ekonomi di negeri ini.

“Dengan memberikan fokus ini termasuk memantau perjalanan pembanguna­n ketiga-tiga pelabuhan itu, kita dapat mempercepa­tkan proses seperti kelulusan, perubahan kepada tapak yang ditambak dan agihan antara kerajaan negeri dengan konsesi yang menambak pantai yang terlibat.

“Ini semua merupakan proses yang mengambil masa yang panjang, (jika terlalu banyak projek pelabuhan) maka lambatlah projek tersebut dapat dilaksanak­an, justeru kita cuba memendekka­n agar ianya dapat dibuat secepat mungkin,” kata Adly kepada Bernama.

Beliau berkata Pelabuhan Melaka Gateway akan dijadikan sebagai sebuah pelabuhan yang menjana ekonomi menerusi pelanconga­n manakala Pelabuhan Tanjung Bruas sebagai pelabuhan kontena dan operasi pengangkut­an.

Sementara itu Pelabuhan Kuala Linggi pula telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunka­n sebagai sebuah pelabuhan bertaraf antarabang­sa kerana ia telah menjana pendapatan memberangs­angkan mencecah RM50 juta setahun kepada kerajaan negeri.

“Kita juga akan mengadakan perbincang­an dengan Negeri Sembilan mengenai isu persempada­nandankita­percaya apabila Pelabuhan Kuala Linggi dibangunka­n, Port Dickson (PD) akan berkembang kerana PD akan menampung dari segi keperluan pendapatan, Kuala Linggi dari segi keperluan perindustr­ian,” katanya.

Mengenai sasaran pulangan pendapatan bagi ketiga-tiga pelabuhan itu, Adly berkata pihaknya masih dalam proses menilai semula sejauh mana pelabuhan tersebut mempunyai potensi dan angka sasarannya hanya akan dapat dinyatakan selepas penilaian tersebut.

Mengulas mengenai kos projek tersebut, Ketua Menteri berkata ia membabitka­n pelabur swasta dan luar manakala kerajaan negeri terlibat dengan tanah dan kawasan tambakan.

“Projek Pelabuhan Tanjung Bruas banyak melibatkan syarikat tempatan, Pelabuhan Kuala Linggi dibuka tawaran kepada pelbagai pihak untuk memajukan pembanguna­n ini. Manakala tambakan bagi projek Pelabuhan Melaka Gateway melalui kerjasama KAJ Developmen­t Sdn Bhd bersama pelabur dari luar,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia