Utusan Borneo (Sabah)

I30 pelajar SSMS terima sumbangan baju raya

30 pelajar SSMS terima sumbangan baju raya daripada Jakel

- Oleh YAP SIONG HAN

SERAMAI 30 pelajar dari Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) diraikan dalam satu program sumbangan baju raya bersama Jakel.

Zulfaki Soni,11, yang berasal dari Labuan berasa sangat gembira menerima baju raya baharu.

“Hari ini saya sangat gembira kerana menerima baju raya baharu. Saya mahu baju Melayu warna merah sebab saya suka warna merah dan apabila balik kampung nanti, saya mahu beraya dengan baju raya ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.

Hamidi Jamaludin, pelajar tingkatan empat SSMS yang bercita-cita untuk menjadi pemain hoki negara, turut memilih baju Melayu berwarna merah.

“Kampung saya di Beaufort dan kami sekeluarga memilih warna merah sebagai tema untuk tahun ini.

“Saya bercita-cita untuk menjadi pemain hoki negara pada suatu hari nanti dan saya amat berterima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan baju raya kepada saya dan rakanrakan.

“Saya doakan program sebegini diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Cawangan Jakel Muhammad Aizad Shamsuddin berkata kesemua pelajar itu menerima sumbangan berupa baju raya tajaan orang perseorang­an dengan potongan diskaun daripada Jakel Sabah.

Katanya, sumbangan itu adalah bagi membantu atlet SMSS yang kurang berkemampu­an untuk sama-sama merasai kemeriahan berhari raya.

“Program ini adalah sumbangan orang perseorang­an bersama kami yang mana, Jakel memberikan tajaan diskaun tambahan kepada kesemua baju raya yang disumbangk­an kepada penerima kita pada hari ini.

“Jakel sentiasa komited dalam memberi dan berkongsi dengan insaninsan yang memerlukan,” katanya.

Beliau juga berharap lebih ramai masyarakat tampil untuk menderma kepada mereka yang kurang berkemampu­an.

“Program ini adalah sumbangan orang perseorang­an bersama kami yang mana, Jakel memberikan tajaan diskaun tambahan kepada kesemua baju raya yang disumbangk­an kepada penerima kita pada hari ini. Jakel sentiasa komited dalam memberi dan berkongsi dengan insan-insan yang memerlukan.

MUHAMMAD AIZAD SHAMSUDDIN Pengurus Cawangan Jakel

 ??  ??
 ??  ?? ZULFAKI
ZULFAKI
 ??  ?? HAMIDI
HAMIDI
 ??  ?? AIZAD (kiri) memakaikan kain samping kepada salah seorang pelajar.
AIZAD (kiri) memakaikan kain samping kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? AIZAD (kiri) memakaikan baju raya kepada salah seorang pelajar.
AIZAD (kiri) memakaikan baju raya kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia