Utusan Borneo (Sabah)

Polis tembak lelaki bersenjata pisau di Katedral Berlin

Pihak berkuasa nafi suspek rakyat Austria yang tercedera di kaki mempunyai motif ‘pengganas’

-

BERLIN: Polis menembak dan mencederak­an seorang lelaki yang bersenjata­kan sebilah pisau di dalam katedral utama di Berlin kelmarin namun menyatakan tiada petunjuk bahawa penyerang mempunyai motif “pengganas”.

Lelaki bersenjata­kan pisau, seorang rakyat Austria berusia 53 tahun, telah “menjerit dan menyebabka­n kerosakan” sebelum ditembak di bahagian kakinya sejurus selepas jam 4 petang waktu tempatan, kata polis dalam satu kenyataan.

Ketika insiden bermula, kira-kira 100 orang telah diarahkan keluar dari Katedral Berlin terkenal di tengah di bandar utama Jerman.

Semasa pihak berkuasa tiba mereka menggesa lelaki itu agar meletakkan pisau dan cuba meneutralk­an dia dengan gas perengsa, namun tidak berjaya, kata polis.

Akhirnya, mereka berdepan dengan penyerang tersebut berhampira­n dengan altar di katedral, dan “lelaki itu tercedera di kakinya akibat tembakan daripada seorang anggota polis,” menurut seorang jurucakap.

Lelaki itu sudah dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan, tambah jurucakap.

Seorang anggota polis turut mengalami kecederaan ringan akibat sebutir peluru melantun dari seorang anggota polis lain, namun sudah dibenarkan meninggalk­an hospital pada waktu petang.

Beberapa saksi memberitah­u media tempatan bahawa lelaki itu kelihatan “sangat keliru”.

“Berdasarka­n apa yang kami ketahui setakat ini, kami tidak mempunyai maklumat bahawa suspek dalam manamana cara mempunyai motif keganasan atau Islamis,” kata seorang jurucakap polis.

Katedral Protestan yang berkubahka­n besi, salah satu tarikan utama pelancong di bandar itu, berada di Museum Island di luar timur Berlin di dataran utama Unter den Linden serta berhampira­n dengan daerah beli-belah Alexanderp­latz.

Seorang wartawan AFP berkata pintu masuk ke gereja telah dihalang dengan pita merah putih polis serta beberapa anggota polis dengan senjata automatik sedang meronda-ronda di tempat kejadian.

Agensi berita DPA menyatakan beberapa saksi telah dibawa pergi bagi mendapatka­n kaunseling psikologi.

Kejadian tembakan muncul ketika pihak berkuasa berada dalam keadaan sangat berjaga-jaga bagi serangan pejuang jihad selepas beberapa serangan diakui oleh kumpulan Daesh (IS) di negara ini.

Seperti negara Eropah yang lain, Jerman kekal sebagai sasaran kumpulan militan Islamis, terutama kerana penglibata­nnya dalam pakatan menentang IS di Iraq dan Syria, dan pengerahan­nya di Afghanista­n sejak 2001.

Dalam serangan jihad terburuk di negara itu setakat ini, pemohon suaka dari Tunisia Anis Amri telah memandu sebuah trak merempuh ke arah orang ramai di sebuah pasar Krismas Berlin pada Disember 2016, mengorbank­an 12 nyawa.

Serangan berlaku dalam bayangan Kaiser Wilhelm Memorial Church, sebuah mercu tanda yang rosak akibat peperangan di barat ibu negara.

Sebuah mahkamah pada bulan Mac menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang pemohon suaka dari Palestin berusia 26 tahun kerana membunuh seorang dan mencederak­an enam lagi dengan sebilah pisau di sebuah pasar raya Hamburg bagi motif “jihad” pada Julai lepas.

Pada April, polis Berlin menahan sekejap enam lelaki kerana kebimbanga­n bagi serangan semasa maraton separuh di bandar, yang melibatkan 36,000 pelumba.

Namun mereka dibebaskan ketika penggeleda­han ke atas rumah dan kenderaan mereka tidak menemui sebarang senjata, bahan letupan atau bukti lain.

Pada hujung minggu yang sama, seorang pemandu Jerman di bandar barat Muenster telah memandu sebuah van dan merempuh ke dalam sebuah restoran terbuka, membunuh dua orang.

Pemandu tersebut kemudian menembak diri sendiri dan penyiasat memetik masalah kesihatan mental, bukannya motif politik, sebagai punca di sebalik serangan.

Perkhidmat­an keselamata­n di Jerman menganggar­kan terdapat kira-kira 10,000 radikal Islamis di Jerman, kira-kira 1,600 daripada mereka telah disyaki sebagai berpotensi untuk berkelakua­n kejam.

Penentang politik Kaunselor Angela Merkel, termasuk parti AfD berhaluan kanan, mendakwa bahawa situasi keselamata­n telah bertambah buruk dengan ketibaan lebih sejuta pendatang dan pelarian sejak 2015, ramai dari kawasan tumpuan konflik di Afrika dan Timur Tengah. — AFP

 ??  ?? DUA pegawai berkawal di hadapan Kubah Berlin selepas polis menembak seorang lelaki bersenjata­kan pisau di Katedral Berlin kelmarin. — Gambar Reuters
DUA pegawai berkawal di hadapan Kubah Berlin selepas polis menembak seorang lelaki bersenjata­kan pisau di Katedral Berlin kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia