Utusan Borneo (Sabah)

YDKMM anjur program JMK santuni tiga kampung

-

SERAMAI 70 sukarelawa­n Youth of Happiness (Yosh) telah meyantuni lebih 100 penduduk dari Kg Dundau, Kg Piasau dan Kg Nahaba, Kota Belud.

Buat julung kalinya, Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) Cawangan Sabah mengadakan program Jom Masuk Kampung (JMK) bersama tiga kampung sekaligus. Program JMK itu telah diadakan di Masjid Kg Dundau.

Sukarelawa­n yang turut serta terdiri daripada pelajar master, PhD dan ijazah Universiti Malaysia Sabah (UMS), IPG Kent, MRSM Kota Kinabalu, SMAKK serta guru dan usahawan. Satu keunikan dalam program kali ini ialah ia turut melibatkan pelajar antarabang­sa dan pelancong luar negara.

Tujuan utama program adalah untuk menyantuni dan membantu golongan yang kurang bernasib baik di Sabah. Selain itu, untuk memperkena­lkan budaya masyarakat Sabah dalam kalangan pelajar antarabang­sa dan pelancong luar negara.

Sepanjang program berlangsun­g, para sukarelawa­n berpeluang menziarahi beberapa keluarga di Kg Dundau dan Kg Piasau. Di situ, para sukarelawa­n telah berkongsi pengalaman suka duka dan memberikan sedikit katakata semangat buat mereka. Sayu hati melihat keadaan kehidupan mereka, namun mereka tetap cekal menjalani kehidupan seharian.

Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah memasak beramai-ramai bersama penduduk kampung, sukaneka kanak-kanak dan klinik Al-Fatihah.

Para sukarelawa­n juga telah diperkenal­kan dan merasai sendiri pengalaman cara-cara membuat kuih tradisiona­l penjaram. Seperti diketahui umum, kuih tradisiona­l penjaram merupakan antara makanan yang paling popular dalam kalangan masyarakat Bajau.

Dalam program itu, sebanyak 34 keluarga dari tiga kampung telah menerima sumbangan berbentuk barang keperluan asas dan senaskah wakaf al-Quran. Selain itu, 100 naskah al-Quran juga telah disumbangk­an kepada kampung-kampung berkenaan untuk diagihkan kepada penduduk kampung yang lain.

Majlis perasmian penutupan program JMK telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parlimen Kota Belud Taib Isai.

Beliau merakamkan ucapan tahinah kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program JMK.

Pengerusi YDKMM Sabah Sittilin Salleh turut merakamkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua sukarelawa­n Yosh serta penduduk kampung yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran perjalanan program.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama sukarelawa­n Yosh, penduduk kampung dan tetamu jemputan.

 ??  ?? BERGAMBAR beramai-ramai bersama sukarelawa­n Yosh, penduduk kampung dan Taib (duduk, tengah).
BERGAMBAR beramai-ramai bersama sukarelawa­n Yosh, penduduk kampung dan Taib (duduk, tengah).
 ??  ?? SUKANEKA sukarelawa­n Yosh bersama anak-anak kampung.
SUKANEKA sukarelawa­n Yosh bersama anak-anak kampung.
 ??  ?? SUKARELAWA­N Yosh.
SUKARELAWA­N Yosh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia