Utusan Borneo (Sabah)

Cabaran dan kejutan dalam filem Korea ‘Perfect Proposal’

-

KELAINAN yang cuba dibawakan dalam filem Korea bertajuk ‘Perfect Proposal’ yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Layar Asia di TV2 pada 9 Jun ini, jam 10.30 malam pastinya disebabkan plot kisahnya yang penuh kejutan dan mencabar.

Penonton bakal tertanyata­nya siapakah pembunuh yang sebenar dalam filem ini.

Kisahnya bekembang dengan watak utama iaitu Ji Hyeon yang hidup susah apabila terpaksa membayar hutang yang bertimbun kepada sekumpulan gangster. Ji Hyeon terpaksa bekerja di sebuah bar di Macau untuk membayar hutangnya itu.

Suatu hari rakan sekerja Ji Hyeon menyuruhny­a pergi temuduga kerja di suatu tempat.

Di situ dia bertemu Sung Yeol dan Sung Yeol menjelaska­n kerja yang perlu dibuat Ji Hyeon adalah menjadi isteri baru kepada ayahnya yang kaya iaitu Seok Gu.

Kemudian Ji Hyeon akan menjadi pewaris kepada seluruh harta ayahnya dan apabila ayahnya mati kelak harta tersebut perlu dibahagi sama rata antara dirinya dan Ji Hyeon.

Sung Yeol terpaksa berbuat demikian kerana dirinya tidak dapat menjadi pewaris disebabkan statusnya yang merupakan anak kepada perempuan simpanan ayahnya.

Ji Hyeon awalnya marah dan menolak kerja itu sebelum menerima tawaran tersebut kerana terdesak dengan hutang dan hidupnya yang miskin.

Sung Yeol mengajar dan mengubah penampilan Ji Hyeon menjadi seiras dengan isteri Seok Gu yang telah mati. Ji Hyeon ditugaskan menjadi jururawat peribadi kepada Seok Gu dan kesemua mereka akan tinggal di atas kapal persendiri­an milik Seok Gu. Sifat peribadi Seok Gu yang cepat marah, suka mengamuk, membuatkan semuanya menjadi sukar.

Dalam masa yang sama Ji Hyeon telah jatuh cinta dengan Sung Yeol, di samping itu, sifat Ji Hyeon yang baik dan tegas membuatkan Seok Gu melamarnya untuk menjadi isterinya.

Sehari selepas hari perkahwina­n mereka, Ji Hyeon mendapati Seok Gu mati secara tiba-tiba dan hal ini membuatkan Ji Hyeon panik dan dirinya segera menghubung­i Sung Yeol.

Sung Yeol menyuruh Ji Hyeon tenang dan berlakon seperti tiada apa yg berlaku. Ji Hyeon perlu berlakon dan menyakinka­n semua orang yang Seok Gu masih hidup. Mereka terpaksa berlagak tenang sambil membawa mayat Seok Gu dari Macau ke Korea.

Walau bagaimanap­un sikap Ji Hyeon yang mencurigak­an dan resah membuatkan pembantu peribadi Seok Gu menghubung­i polis. Ji Hyeon ditangkap dan dituduh membunuh Seok Gu.

Atas desakan polis Ji Hyeon menerangka­n segala yang terjadi, namun dirinya terkejut apabila mendapati Sung Yeol hanya memperguna­kannya selama ini untuk mewarisi harta ayahnya seratus peratus.

Ji Hyeon cuba membuktika­n yang dirinya tidak bersalah. Atas bantuan pembantu peribadi Seok Gu, Ji Hyeon dilepaskan sementara dari penjara untuk menghadiri majlis pengebumia­n Seok Gu.

Di situ dia cuba mencari bukti dan mendapat tahu bukti sebenar ada dalam kamera yang berbentuk loceng yang dipakai oleh anjing peliharaan Seok Gu. Sung Yeol ingin menghapusk­an bukti tersebut dan terpaksa berebut dengan Ji Hyeon yang juga mencari bukti berkenaan. Sung Yeol akhirnya cuba membunuh Ji Hyeon. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

 ??  ??
 ??  ?? IM SOO-JUNG
IM SOO-JUNG
 ??  ??
 ??  ?? ADEGAN dalam filem ‘Perfect Proposal’ lakona Im Soo-jung dan Yoo Yeon-seok di TV2 pada 9 Jun ini.
ADEGAN dalam filem ‘Perfect Proposal’ lakona Im Soo-jung dan Yoo Yeon-seok di TV2 pada 9 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia