Utusan Borneo (Sabah)

Gaji minimum sektor swasta diumum Ogos

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumka­n kadar gaji minimum baharu sektor swasta selewat-lewatnya Ogos ini selepas selesai proses semakan dan mendapat kelulusan Kabinet.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegara­n berkata Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MPGN) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016.

Beliau berkata Jawatankua­sa Teknikal Perundanga­n Gaji Negara (JTPGN) telah selesai menjalanka­n kajian itu sebagaiman­a diperuntuk­kan dalam Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011 (Akta 732).

Katanyames­yuaratMPGN­itu juga akan mempertimb­angkan syor kadar gaji minimum dan perkara lain yang berkaitan bagi menepati janji manifesto Pakatan Harapan.

“Selepas mesyuarat, kementeria­n akan menyediaka­n Memorandum Jemaah Menteri bagi suatu keputusan dibuat kerajaan,” katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpuna­n bulanan Kementeria­n Sumber Manusia, di sini pada Isnin.

Kulasegara­n berkata pihaknya juga telah membincang­kan 10 janji yang perlu dipenuhi dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan termasuk menyamarat­akan gaji minimum di seluruh negara.

“Saya dimaklumka­n JTPGN bersedia membentang­kan syor kadar gaji minimum baharu kepada MPGN iaitu badan tripartite (tiga pihak) yang berperanan untuk membincang­kan dan membawa syoritukep­adajemaahm­enteri,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata kerajaan sedia mempertimb­ang cadangan memberi caruman Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) kepada 1.2 juta golongan suri rumah di negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada keluarga masingmasi­ng.

Bagaimanap­un katanya mekanisme pelaksanaa­nnnya akanditeli­tisamaadab­ersesuaian atau tidak di negara ini.

“Ramai suri rumah adalah di bawah kumpulan B40 dan tidak mempunyai jaringan keselamata­n sosial. Bank Dunia menyifatka­n sumbangan wanita bekerja dan tidak bekerja adalah sama penting kepada pembanguna­n negara,” katanya.

Terdahulu, Kulasegara­n dalam ucapannya menekankan Kementeria­n Sumber Manusia perlu sifar rasuah serta memperting­katkan penguatkua­saan undangunda­ng dan mengarahka­n pasukan penguatkua­saan kementeria­n untuk selalu mengadakan pemeriksaa­n di premis pekerjaan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi tumpuan untuk menyelesai­kan kes tertunggak di Jabatan Perhubunga­n Perusahaan dan Mahkamah Perusahaan.

“Kita juga akan menambah baik liputan keselamata­n sosial kepada suri rumah dan pasangan, mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerja asing serta meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n rakyat mengenai hak mereka sebagai pekerja di bawah undang-undang buruh,” katanya. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? M. KULASEGARA­N (dua, kanan) beramah mesra bersama warga Kementeria­n Sumber Manusia selepas menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Bulanan pada Isnin.
-Gambar Bernama M. KULASEGARA­N (dua, kanan) beramah mesra bersama warga Kementeria­n Sumber Manusia selepas menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Bulanan pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia