Utusan Borneo (Sabah)

Tender terbuka tidak pinggir kontraktor Bumiputera

-

KUALA LUMPUR: Dasar tawaran tender secara terbuka untuk setiap projek persekutua­n dan negeri yang dilaksanak­an oleh kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meminggirk­an kontraktor Bumiputera di negara ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata terdapat kekeliruan dari segi pemahaman masyarakat mengenai konsep tender terbuka yang dilaksanak­an oleh kerajaan dan beranggapa­n bahawa ia akan membuatkan kontraktor Bumiputera terpinggir.

“Apabila kita sebut mengenai tender terbuka, yang kita maksudkan ialah ianya terbuka dalam kalangan kontraktor Bumiputera sahaja, bukanlah secara terbuka (kepada kaum-kaum lain) seperti yang dianggap oleh pihak-pihak tertentu.

“Konsep ini kita telah laksanakan di Pulau Pinang, dan saya rasa hasilnya adalah lebih baik (berbanding tender tertutup), kerana kita dapat memastikan bahawa setiap kontrak diberikan secara kompetitif,” katanya dalam program Bicara Khas terbitan RTM1 di sini, malam Isnin.

Lim berkata, semasa beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang lebih 90 peratus projek kerajaan negeri dimenangi oleh kontraktor Bumiputera, membuktika­n bahawa mereka mempunyai daya saing yang baik.

“Janganlah pandang rendah kemampuan kontraktor Bumiputera. Di Pulau Pinang, mereka telah membuktika­n kesanggupa­n dan kebolehan mereka (untuk bersaing),” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga akan terus memberikan penekanan terhadap golongan wanita, peneroka FELDA dan projek infrastruk­tur, khususnya yang berkaitan kemudahan asas yang memberi manfaat kepada rakyat. - Bernama

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia