Utusan Borneo (Sabah)

‘Rapatkan Saf’ sempena Ramadan di TV AlHijrah

-

TV AlHijrah kembali menemui penonton dengan menghidupk­an semula tema tahun lalu ‘Rapatkan Saf’ dengan menampilka­n enam program utama Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colours, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi.

Dalam kenyataan TV AlHijrah berkata tema berkenaan dilihat relevan untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan.

“Rancangan yang diketengah­kan juga membabitka­n susunan strategik rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada Ramadan yang lalu,” katanya.

Seruan Berzakat merupakan program yang ditayangka­n setiap Isnin bermula pukul 6.30 petang yang membawa penonton menyelusur­i sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat dan peranannya sebagai sebuah institusi negeri di Kedah.

Manakala The Chosen sebuah dokumentar­i Bahasa Inggeris yang bakal memulakan siaran pada 11 Jun boleh ditonton pada setiap Isnin jam 6.30 petang berkisarka­n kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusiaa­n sehingga hari ini.

COOKING WITH COLOURS

Istimewany­a pada Ramadan ini, TV AlHijrah juga membawakan program Cooking with Colours yang dikendalik­an Chef Sharim yang bertaraf antarabang­sa selain bergiat aktif sebagai pelukis.

Katanya, menerusi program yang bersiaran lima kali setiap hari iaitu jam 5 pagi, 10 pagi, 11.30 pagi, 4 petang, 5.15 petang itu, Chef Sharim juga akan melukis menu yang bakal dimasak selain berkongsi tips pemilihan bahan mentah.

 ??  ?? CHEF Sharim beraksi di dapur dalam program Cooking With Colours di TV Alhijrah.
CHEF Sharim beraksi di dapur dalam program Cooking With Colours di TV Alhijrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia