Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai juadah istimewa di Bazar Ramadan Sandakan

Di Bazar Ramadan Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SETIAP kali tiba bulan puasa, pastinya bazar Ramadan antara yang dinantinan­tikan oleh masyarakat setempat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Bazar Ramadan menjadi medium bagi peniaga untuk mencari rezeki dan pengunjung pula dapat membeli pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa.

Di Sandakan, Majlis Perbandara­n Sandakan menyediaka­n 353 lot gerai di tiga lokasi bazar utama iaitu di Bandar Sandakan (178 lot), Taman Fajar di Batu 7 (90 lot) dan Bandar Sibuga Jaya di Batu 8 (85 lot).

Selain itu, terdapat enam bazar Ramadan swasta yang dibuka iaitu di Taman Mawar (25 lot), Karamuntin­g (25 lot), Bandar Nam Tung (25 lot), Taman Indah Jaya (30 lot), Tamu Gum-Gum (30 lot) dan Pasaraya Giant (80 lot). Tinjauan Utusan Borneo di Bazar Ramadan Bandar Sandakan jelas menunjukka­n ia menjadi antara lokasi pilihan orang ramai untuk mendapatka­n juadah berbuka yang kena dengan selera masingmasi­ng.

Antara gerai yang menjadi tumpuan umum pastinya gerai nasi dan lauk pauk, kuih-muih, makanan dipanggang, minuman dan manisan pencuci mulut.

Bagi Aliza Alawi, Bazar Ramadan Bandar Sandakan sering kali menjadi bazar pertama yang dikunjungi­nya pada setiap kali bulan Ramadan berikutan lokasi strategikn­ya yang terletak di tengah-tengah bandar.

Antara juadah pilihan sudah semestinya bakso, coto makassar, kuih muih tradisiona­l dan cendol serta yang paling menarik perhatian beliau putu bambu dan air katira.

“Bazar Ramadan menjadi satu keunikan kerana hanya beroperasi selama sebulan dalam bulan puasa. Dalam tempoh inilah, kita dapat melihat, membeli dan menikmati pelbagai juadah yang jarang-jarang ditemui pada hari biasa.

“Kalau di bazar bandar ini, saya cadangkan orang ramai cuba putu bambu dan air katira, tetapi kalau mahu beli makanan yang biasa dimakan pun boleh juga,” katanya.

Bagi Winnie Kasmir, mengunjung­i bazar Ramadan adalah antara rutin tahunannya bersama keluarga.

Meskipun bukan beragama Islam, namun beliau pasti akan meluangkan masa pergi ke beberapa bazar untuk membeli makanan dan minuman terutama menu dari seberang.

“Selain suasana di bazar itu yang sememangny­a

‘happening’ dan ‘crowded’, saya juga suka mencuba menu baharu terutama yang berasal dari Semenanjun­g. Semuanya sedap-sedap belaka,” katanya.

Bagi Mardinah Jikur, selain membuka rezeki kepada para peniaga, bazar juga sebenarnya menjadi medium ke arah mengeratka­n lagi ukhuwah sesama insan.

“Setiap kali pergi ke bazar, saya mesti akan terjumpa sama ada dengan keluarga, rakan mahupun kenalan lama. Sempat juga berbual seketika sambil bertanya khabar.

“Ada juga saya pernah jumpa rakan lama yang sudah bertahun lama terputus hubungan. Selain membeli juadah berbuka, saya juga dapat bertemu rakan lama. Pastinya sangat berbaloi,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? ALIZA PELBAGAI pilihan kuihmuih yang boleh dibeli di bazar. (Gambar kanan) SALAH seorang peniaga menyediaka­n kuih tradisiona­l Bugis iaitu Beroncong. MURTABAK antara menu pilihan untuk berbuka puasa.
ALIZA PELBAGAI pilihan kuihmuih yang boleh dibeli di bazar. (Gambar kanan) SALAH seorang peniaga menyediaka­n kuih tradisiona­l Bugis iaitu Beroncong. MURTABAK antara menu pilihan untuk berbuka puasa.
 ??  ?? DIN (kiri) bersama Mohamad yang komited memajukan bisnes Nasi Manuk.
DIN (kiri) bersama Mohamad yang komited memajukan bisnes Nasi Manuk.
 ??  ?? WINNIE
WINNIE
 ??  ?? MARDINAH
MARDINAH
 ??  ?? HIDANGAN bakar yang sentiasa menjadi pilihan orang tempatan.
HIDANGAN bakar yang sentiasa menjadi pilihan orang tempatan.
 ??  ?? SALAH seorang pelanggan membeli juadah di bazar.
SALAH seorang pelanggan membeli juadah di bazar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia