‘Solo’ masih ungguli box office Amerika Utara
FILEM ‘Solo: A Star Wars Story’ terus berpaut di tempat teratas dalam teater-teater Amerika Utara pada hujung minggu lepas tetapi sekali lagi jatuh di bawah jangkaan, dengan kutipan jualan tiket hanya AS$29.4 juta iaitu satu pertiga daripada pembukaan hujung minggunya.
Dengan kutipan itu bermakna filem berada jauh di belakang dua pendahulu sebelum ini dalam francais cereka sains yang popular: ‘Rogue One’ (2016) yang memperolehi AS$64 juta pada hujung minggu kedua manakala tahun lepas ‘The Last Jedi’ melakukan bahkan lebih baik, dengan AS$72 juta.
Beberapa penganalisis filem menyalahkan ‘Star Wars’ keletihan.
Bahkan dengan piawaian sekuel/prekuel yang banyak di Hollywood hari ini, francais dari Lucasfilm milik Disney telah cepat berkembang biak.
Dibintangi Alden Ehrenreich sebagai versi lebih muda juruterbang angkasa lepas ranggi yang popular itu, ‘Solo’ telah mengumpul global kumulatif sejumlah AS$264 juta, menjadikannya filem ke-15 untuk tahun 2018.
Menyusul dekat di tempat kedua dengan AS$23.2 juta ialah filem ‘Deadpool 2’ terbitan Fox iaitu filem yang ke-11 dalam siri X-Men, dibintangi Ryan Reynolds sebagai watak utama.
Di tempat ketiga ialah filem baharu, ‘Adrift’ dari STX Films, dengan AS$11.6 juta.
Filem itu dibintangi oleh Shailene Woodley dan Sam Claflin dalam cerita benar mengenai satu pasangan muda di mana perahu layar mereka dihentam oleh taufan di tengah lautan, menyebabkan Claflin cedera teruk, bot musnah dan Woodley perlu mencari jalan kembali tanpa bantuan alat pemanduan arah atau komunikasi.
Dalam minggu keenamnya ditayangkan, ‘Avengers: Infinity War’ Marvel memperolehi AS$10.6 juta untuk menduduki tempat keempat.
Filem itu, dibintangi Robert Downey Jr., Benedict Cumberbatch dan Scarlett Johansson, telah mendapat AS$643 juta dalam pasaran domestik Amerika dan adalah pengeluaran global keempat terbesar dengan AS$1.97 bilion.
Di tempat kelima ialah filem komedi romantik Paramount ‘Book Club’, yang memperolehi AS$7 juta.
Dibintangi oleh Jane Fonda, Diane Keaton, Candice Bergen dan Mary Steenburgen sebagai rakan seusia yang membuat keputusan membaca buku trilogi ‘Fifty Shades’ yang akhirnya merangsang bukan sekadar intelek-intelek mereka malah kehidupan harian mereka juga.
Melengkapkan 10 filem teratas di Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘Upgrade’ (AS$4.7 juta), ‘Life of the Party’ (AS$3.5 juta), ‘Breaking In’ (AS$2.8 juta), ‘Action Point’ (AS$2.4 juta) dan ‘Overboard’ (AS$1.9 juta). — AFP