Utusan Borneo (Sabah)

‘Peguam negara satu tanggungja­wab hebat’

-

KUALA LUMPUR: Peguam kanan Tommy Thomas berkata beliau merasa terharu terhadap pelantikan­nya sebagai Peguam Negara yang baharu dan menyifatka­n pelantikan itu sebagai satu “tanggungja­wab yang hebat.”

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat firma undang-undangnya di Jalan Ara, Bangsar, di sini, pada Selasa, Thomas mengesahka­n bahawa beliau telah bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama beberapa minit pagi Selasa dan akan bertemu dengan PM semula hari ini.

Beliau tersenyum lebar ketika menerima ucapan tahniah atas pelantikan­nya.

“Terima kasih banyak tetapi lebih elok saya tidak memberi komen sehingga mendapat surat rasmi yang saya rasa akan menyusul sehari dua lagi.

“Jadi saya rasa masih terlalu awal untuk saya memberikan komen, terima kasih kerana menunjukka­n minat,” kata peguam terkemuka itu kepada wartawan yang menunggu di pejabatnya sejak pagi.

Peguam berusia 66 tahun itu akan mengambil alih daripada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang sedang bercuti sebulan.

Ditanya samada beliau akan menjalanka­n tanggungja­wabnya sebagai Peguam Negara di Putrajaya hari ini, Thomas berkata ini akan mengambil masa beberapa hari.

“Saya tidak akan berada di pejabat pagi Rabu seperti yang telah saya nyatakan. Perlu beberapa hari untuk pelaksanaa­n (proses pelantikan).

“Apa yang pasti saya tidak akan ke pejabat esok (hari ini).” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia