Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal parah

Rakan mangsa dan pemandu kereta tidak cedera

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU:Seorang penunggang motosikal cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuhara, simpang Jalan Access Kuhara, di sini kira-kira jam 8.15 malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 25 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian mulut dan perutnya.

“Rakan mangsa berumur 19 tahun yang membonceng motosikal dan pemandu kereta, seorang kerani wanita berumur 31 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini pada Selasa.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati sebelum kemalangan berlaku, mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari arah Jalan Air Panas menghala ke lampu isyarat Takada.

Begitupun, apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta dipandu keluar dari persimpang­an lorong susur Jalan Kuhara menghala ke simpang Jalan Access Kuhara.

“Kereta itu perlu melintasi dua laluan jalan lurus untuk memasuki Jalan Access Kuhara, namun berlaku perlanggar­an dengan

“Siasatan awal polis mendapati sebelum kemalangan berlaku, mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari arah Jalan Air Panas menghala ke lampu isyarat Takada.” ACP FADIL MARSUS Ketua Polis Daerah Tawau

motosikal dinaiki mangsa dan rakannya,” katanya.

Fadil berkata, siasatan awal punca kemalangan disyaki akibat kecuaian pemandu ketika memandu keluar dari persimpang­an jalan sebelum berlanggar dengan motosikal terlibat.

Katanya siasatan kes dikendalik­an Sjn David Charlen serta dijalankan mengikutPe­raturan3Ka­edahKaedah Pengangkut­an Jalan LN 166/59.

Utusan Borneo difahamkan, kemalangan itu pertama dilaporkan berlaku selepas penghadang jalan sementara yang ditempatka­n di kawasan berkenaan dibuka semula.

Sebelum ini, penghadang sementara ditempatka­n untuk menutup laluan masuk ke Jalan Access dari simpang Jalan Kuhara yang menghala ke Air Panas dari pusat bandar.

Langkah itu diambil berikutan kes kemalangan jalan raya kerap berlaku di situ, namun dibuka semula, susulan permintaan daripada salah seorang wakil rakyat di daerah ini.

 ??  ?? KEMALANGAN berlaku di antara simpang Jalan Kuhara menuju ke Jalan Access Kuhara.
KEMALANGAN berlaku di antara simpang Jalan Kuhara menuju ke Jalan Access Kuhara.
 ??  ?? PENUNGGANG dan pembonceng motosikal ini dibawa ke Hospital Tawau dengan menaiki ambulans.
PENUNGGANG dan pembonceng motosikal ini dibawa ke Hospital Tawau dengan menaiki ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia