Utusan Borneo (Sabah)

Pelantikan Tommy Thomas bertepatan dengan keperluan

-

ALOR SETAR: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yakin pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang telah diperkenan­kan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V adalah bertepatan dengan keperluan kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata seorang Peguam Negara yang diperlukan itu mestilah seorang yang cekap, cemerlang dan mempunyai reputasi yang baik dalam menjayakan segala siasatan dan tindakan undang-undang.

“Saya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana telah berkenan dengan pilihan yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara yang baharu.

“Saya yakin dengan pemilihan ini ia dapat membantu kerajaan Persekutua­n untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang dianggap bersalah. Kita boleh lihat banyak kes yang berbangkit sepanjang pentadbira­n Barisan Nasional (BN) sebelum ini terutamany­a 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB),” katanya kepada pemberita selepas program ‘Jom Adik Shopping Raya’ di sini, pada Selasa.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikhabarka­n telah menggunaka­n khidmat sepasukan peguam kanan Amerika Syarikat termasuk John Ashcroft bagi menghadapi siasatan berhubung isu 1MDB.

“Ini menunjukan bahawa dia (Najib) telah bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung isu 1MDB sebab itu dia telah mengambil khidmat salah seorang yang agak terkenal selain peguam lain yang hebat,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia