Utusan Borneo (Sabah)

‘Shopping’ Hari Raya Aidilfitri

Utamakan ‘menang membeli menang memakai’

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sedang giat berlangsun­g dengan meningkatn­ya kadar belian mengikut keperluan umat Islam yang menyambutn­ya.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati suasana kemeriahan itu tidak banyak berubah seperti sebelumnya meskipun barang-barang tanpa Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) yang baru sahaja diturunkan ke nilai sifar.

Seorang kakitangan kerajaan, Ernawati Rafael, 33, mengakui tumpuan pembelian tertumpu pada barang keperluan yang murah dengan nilai sifar peratus GST.

“Saya memperuntu­kkan sejumlah RM700 untuk berbelanja barangan keperluan saya sekeluarga sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini,” katanya yang mempunyai tiga orang anak.

Selain itu, Ernawati berbelanja mengikut barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja ikut suka hati dan selera demi menjimatka­n perbelanja­an.

Lagipun katanya, kegembiraa­n meraikan 1 Syawal bukannya terletak pada kemewahan yang ada.

“Cukuplah sekadar bersederha­na, anak-anak saya mempunyai kenangan berhari raya bersama ahli keluarga dalam keadaan aman,makmurdanb­ahagia,” katanya.

Seorang temannya yang turut ditemui, Farahidah Daud, 30, berkata dia mengutamak­an kesederhan­aan dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri kerana menurutnya, pembaziran hanya akan mengundang kemudarata­n.

“Pada saya, tidak salah berbelanja besar asalkan mamputapic­ukuplahden­gan bersederha­na. Ukurlah baju di badan sendiri, berjimat itu amalan mulia.

“Lagipun, saya sering ingatkan diri dan ahli keluarga saya untuk lebih menghayati pengertian sebenar Hari Raya Aidilfitri melalui amalan harian termasukla­h berjimat cermat,” katanya yang bekerja sebagai penolong pegawai pembanguna­n masyarakat.

Farahidah berkata, dia yang mempunyai dua orang anak memperuntu­kkan sejumlah RM1,500 untuk keperluan dan berbelanja sedikit demi sedikit sebelum Ramadan lagi.

Menurutnya, perbezaan perbelanja­an tidaklah besar jumlahnyan­amundiaseb­agai pengguna perlu membuat pilihan yang bijak.

Dia memilih untuk berbelanja di kedai pakaian yang menawarkan harga murah tapi kualiti pakaian danfesyenn­yadalamkea­daan baik dan memuaskan.

“Janganlah kita ikut peribahasa ‘alah membeli menang memakai’ kerana pada saya barang harga murah pun seperti pakaian banyak yang berkualiti malah lebih ‘up-to-date’ bila dipakai dan digayakan dengan kreatif,” katanya.

Sementara bagi seorang surirumah yang berniaga sendiri di rumah, Maria Femmy Amorin, 47, berkata dia turut mengambil peluang berbelanja meskipun dia berlainan agama.

Dia berbelanja lebih kurang RM100 untuk membeli pakaian-pakaian yang ditawarkan lebih murah dengan diskaun yang lumayan di kedai-kedai.

Katanya, dia berasa teruja untuk memakaikan pakaian baju Melayu lengkap bersampin kepada anaknya yang baru berumur tiga tahun.

“Meskipun saya beragama Kristian namun persekitar­an saya rata-rata beragama Islam.

“Jadi saya teruja untuk sama-sama meraikan Hari Raya kerana jiran-jiran mahu saya mengunjung­i mereka setiap kali Hari Raya,” katanya.

Dia yang berniaga barang keperluan harian di rumah berkata perniagaan­nya sedikit bertambah sepanjang bulan puasa sementara akan meningkat lagi permintaan sempena Hari Raya.

 ??  ?? MARIA Femmy dan anaknya mencuba samping pakaian Melayu.
MARIA Femmy dan anaknya mencuba samping pakaian Melayu.
 ??  ?? ANTARA kedai yang menjadi tumpuan pembeli kerana harganya murah.
ANTARA kedai yang menjadi tumpuan pembeli kerana harganya murah.
 ??  ?? MARIA FEMMY
MARIA FEMMY
 ??  ?? ERNAWATI
ERNAWATI
 ??  ?? FARAHIDAH
FARAHIDAH
 ??  ?? ERNAWATI dan Farahidah sedang meneliti kualiti dan harga pakaian.
ERNAWATI dan Farahidah sedang meneliti kualiti dan harga pakaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia