Utusan Borneo (Sabah)

PSS anjur Jelajah Ramadan di Pulau Sepanggar

-

KOTA KINABALU: Persatuan Siswazah Sabah (PSS) menganjurk­an program Jelajah Ramadan siri ke-10 di Pulau Sepanggar, di sini.

Rombongan seramai 23 orang yang diketuai oleh Zai Amrin Normazli selaku pengarah program itu bergerak ke Pulau Sepanggar sekitar 8.30 pagi dari Jeti Sembulan.

Program yang turut disertai oleh Presiden PSS Hasmadi Hasbi itu bertujuan menyampaik­an sumbangan kepada asnaf serta golongan yang layak dan merasai sendiri suasana kehidupan di Pulau Sepanggar yang berpopulas­i kurang daripada 200 orang sahaja.

Penduduk di situ kebanyakan­nya bekerja sebagai nelayan sebagai sumber pendapatan untuk menampung keperluan hidup seharian.

Menurut salah seorang penerima sumbangan, antara masalah besar mereka di sana dalam menjalani kehidupan harian adalah ketiadaan bekalan elektrik yang sempurna. Mereka terpaksa hanya bergantung kepada set janakuasa untuk mendapatka­n sumber bekalan elektrik.

Pengerusi Masjid Pulau Sepanggar Iskandar Ismail menyambut baik kehadiran PSS ke kawasan itu dan berbesar hati agar PSS datang semula untuk menganjur program yang bersifat pembanguna­n insan serta pembentuka­n jati diri anak-anak di sana.

Pada program itu, PSS mengagihka­n sumbangan keperluan asas seperti beras, gula, garam, susu, tepung, dan minuman kepada 30 keluarga yang layak di kampung itu.

JelajahRam­adanpengag­ihansumban­gan itu yang berjaya mengumpul sumbangan orang ramai sebanyak RM5,680 akan terus berjalan di beberapa daerah lain sepanjang bulan Ramadan ini seperti di Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Keningau, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatang­an, Semporna dan Kalabakan.

 ??  ?? BERGAMBAR bersama Pengerusi Masjid dan penduduk kampung yang membantu.
BERGAMBAR bersama Pengerusi Masjid dan penduduk kampung yang membantu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia