Utusan Borneo (Sabah)

Perbicaraa­n lelaki didakwa edar dadah bermula

-

KOTA KINABALU: Perbicaraa­n terhadap seorang lelaki tempatan Norain Lamilah, 55, (gambar) yang didakwa mengedar dadah seberat 1,387.26 gram, bermula di Mahkamah Tinggi di sini.

Timbalan Pendakwara­ya Nazir Amir Johari dari Jabatan Kastam membacakan hujah pembukaan terhadap tertuduh, di hadapan Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad.

Menurutnya, pada 28 November tahun lalu kirakira jam 11.50 pagi, tertuduh mendekati seorang pegawai kastam yang bertugas di bahagian Cawangan Kastam Bungkusan Pos.

Tertuduh bertanyaka­n mengenai jumlah bayaran cukai berkenaan sebuah bungkusan, yang didakwanya kepunyaan rakannya yang berada di Indonesia pada ketika itu.

“Apabila bungkusan terbabit diserahkan kepada tertuduh untuk penilaian cukai, tertuduh diminta membuka bungkusan berkenaan, mengandung­i sebuah beg bagasi warna merah,” katanya.

Pemeriksaa­n lanjut bagasi terbabit, pihak berkuasa menemukan paket dibungkus pita pelekat hitam, mengandung­i pil warna hijau dan kelabu, disyaki dadah berbahaya.

“Paket berkenaan ditemukan didalam petak rahsia bagasi terbabit. Analisis kimia dilakukan dan disahkan ianya 3,4-Methylened­ioxymetham­phetamine (MDMA) seberat 1,387.26 gram,” katanya.

Nazirmenya­takan,pihaknya akan mengemukak­an bukti bahawa tertuduh mempunyai kawalan terhadap paket terbabit.

Tertuduh diwakili peguam Dato’Rakhbir Singh, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), dihukum mengikut Seksyen 39B (a) akta sama.

Jika sabit salah boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Dalam pada itu, Nazir juga menyatakan kira-kira lima saksi akan dipanggil memberikan keterangan.

Kini tertuduh direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia