Utusan Borneo (Sabah)

MPP UMSKAL anjur Program Bulan Ramadan Bulan Persaudara­an

MPP UMSKAL anjur Program Bulan Ramadan Bulan Persaudara­an

-

LABUAN: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) telah menganjurk­an program Bulan Ramadan Bulan Persaudara­an (BRBP) di Masjid Al-Hikmah UMSKAL, pada Sabtu.

Pengarah Program Muhammad Syimir Rasidi berkata, Bulan Ramadan Bulan Persaudara­an adalah satu program yang dikhususka­n hanya pada bulan Ramadan.

Katanya, program berbentuk kerohanian dan kebajikan itu adalah hasil usaha MPP dengan kerjasama Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (Jakmas) dan Kelab Sahabat AlHikmah.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah majlis berbuka puasa dan bersahur bersama-sama sejak 17 Mei hingga 2 Jun lalu selain kuliah Ramadan dan Majlis Iftar Perdana.

Beliau berkata program yang bertemakan ‘Madrasah Ramadan’ itu turut diisi dengan aktiviti termasuk kursus sembelihan dan majlis sembelihan atau korban serta Majlis Tadarus Al-Quran dan Khatam Al-Quran.

Turut diadakan pada majlis penutupani­tuialahpen­yampaian bantuan kepada golongan asnaf yang disampaika­n oleh Pensyarah Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Dr Suzilah Sidek.

Majlis itu turut diimarahka­n dengan ceramah khas ‘AlQuran: Kudamba Syafaatmu’ oleh penceramah bebas Ustaz Dato’ Haji Hassan Mahmood Al-Hafiz.

Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Pensyarah FKAL Samsulbahr­i Mohd Nasir, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) Labuan Ustaz Mohd Zaki Mat Salleh, Eksekutif Zakat Unit Cawangan Labuan Asri Asmat serta Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Masjid UMSKAL Ustaz Mohammad Khairul Isham Abd Latif.

Seramai 20 staf Jawi Labuan turut bersama bagi menjayakan majlis berkenaan. Selepas berbuka puasa, jemaah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

 ??  ?? AJK Pelaksana program Bulan Ramadan Bulan Persaudara­an bersama tetamu kehormat.
AJK Pelaksana program Bulan Ramadan Bulan Persaudara­an bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? HASSAN (kanan) menerima cenderamat­a daripada Samsulbahr­i sambil diperhatik­an Syimir.
HASSAN (kanan) menerima cenderamat­a daripada Samsulbahr­i sambil diperhatik­an Syimir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia