Utusan Borneo (Sabah)

Suhaili penjawat awam pertama bersara di SMK Pantai IBWS

-

LABUAN: Pembantu Makmal Suhaili Haji Jaafar merupakan penjawat awam pertama bersara di SMK Pantai IBWS.

Beliau bersara wajib 60 tahun pada 5 Jun 2018, setelah bertugas sebagai Pembantu Makmal selama 15 tahun di sekolah berkenaan.

Beliau memulakan tugas pada 1 September 2018 di SMK Labuan dan meneruskan tugasnya di SMK Kuala Penyu, Sabah dan SMK Membedai, Labuan.

Pada 22 Februari 2005, beliau memulakan tugasnya di SMK Pantai IBWS hingga bersara pada 5 Jun 2018.

Satu majlis persaraan untuk Suhaili oleh pihak sekolah diadakan di Dewan Gemilang IB SMK Pantai pada Isnin.

Dalam ucapan alu-aluannya, Pengetua SMK Pantai Sahar Misron merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas jasa bakti dan khidmat Suhaili selama bertugas 15 tahun di sekolah itu dan mendoakan beliau sentiasa sihat serta cemerlang dalam kehidupann­ya selepas bersara.

Sebelumnya, Suhaili diarak penuh meriah ke dalam dewan dengan iringan bunga manggar.

Dalam ucapan sempena persaraann­ya, beliau mengucapka­n terima kasih kepada pengetua dan guruguru SMK Pantai yang sentiasa membimbing dan memberi tunjuk ajar selama beliau berkhidmat di sekolah itu.

Beliau mendoakan SMK Pantai akan terus cemerlang dan melakar kejayaan dalam bidang akademik, sahsiah, kokurikulu­m dan sukan.

Beliau turut menerima hadiah daripada pengetua dan pentadbir, pelajar dan empat bidang serta Kelab Guru dan staf.

Mengakhiri majlis persaraann­ya, Suhaili diberikan penghormat­an untuk merasmikan Taman Sains dan Herba sekolah itu yang beliau usahakan bersamasam­a rakan pembantu makmal serta guru-guru.

Turut menyerikan majlis itu ialah Penolong Kanan 1 Norazita Md Nor @Shamsuri, Wan Azmona Wan Mohamed (PK HEM), Wan Azman Wan Awang (PK Kokurikulu­m) dan Edora Ellias selaku penyelaras Mypib.

 ??  ?? GURU-guru merakam kenangan bersama Suhaili yang bersara wajib 4 Jun lalu.
GURU-guru merakam kenangan bersama Suhaili yang bersara wajib 4 Jun lalu.
 ??  ?? SAHAR (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Suhaili.
SAHAR (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Suhaili.
 ??  ?? SUHAILI merasmikan Taman Sains dan Herba SMK Pantai bersama Sahar dan guru-guru.
SUHAILI merasmikan Taman Sains dan Herba SMK Pantai bersama Sahar dan guru-guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia