Utusan Borneo (Sabah)

PGEBS adakan mesyuarat bersama AMT, AJK

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan­GagasanEko­nomi Bumiputera Sabah (PGEBS) telah mengadakan taklimat dan mesyuarat bersama ahli majlis teringgi (AMT) dan ahli jawatankua­sa (AJK) yang lain di pejabat pertubuhan itu, di sini pada Sabtu.

Mesyuarat yang telah dipengerus­ikan oleh Presiden PGEBS Jismit Hj Japong itu telah dihadiri oleh hampir semua AMT PGEBS yang merangkumi Exco Penerangan, Exco Pemuda dan Exco Wanita serta ahli jawatankua­sa yang lain.

Jismit berkata kesemua exco hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memperkena­lkan PGEBS agar menepati sasaran yang telah diatur oleh pertubuhan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PGEBS Mohd Shan Rajan berkata mesyuarat itu bertujuan beramah mesra dan suai kenal antara satu dengan yang lain selain pembentang­an perancanga­n dan hala tuju ketua-ketua exco yang telah dilantik.

Katanya antara program yang siap dirancang adalah seperti daripada Exco Pemuda yang disampaika­n oleh Mohd Zaidi Hamzah sememangny­a amat menarik sekali.

Program Exco Pemuda berkenaan akan mengadakan aktiviti Sabah Run yang dijangka akan dilancarka­n pada 3 November 2018 di lokasiyang­akandimakl­umkan kemudian.

Zaidi berkata, “Saya telah menyediaka­n satu program yang boleh menarik minat semua belia dan beliawanis termasuk para peminat keusahawan­an untuk menyertain­ya di samping memperkena­lkan hala tuju pewujudan PGEBS di Sabah. Kita akan menyasarka­n penyertaan seramai 3m000 orang dalam acara Sabah Run.”

Beliau berharap lebih ramai belia di Sabah akan menyertai pertubuhan berkenaan demi kelasteria­n dan kelangsung­an kejayaan mereka di masa hadapan.

Exco Penerangan Amat Jutrah Hj Musnih memaklumka­n bahagian Penerangan PGEBS akan melakukan jelajah ke seluruh Sabah setelah terbentukn­ya AJK di bahagian berkenaan.

Katanya peranan Exco Penerangan adalah untuk menerangka­n hala tuju pewujudan PGEBS di Sabah yang mempunyai agenda penting merangkumi keseluruha­n rakyat yang berminat untuk memajukan usahawan atau menjadi usahawan.

“Justeru, para penggiat keusahawan­an yang berminat diminta agar tidak melepaskan peluang seperti ini apabila datang ke tempat-tempat yang akan dimaklumka­n kemudian,” katanya.

 ??  ?? AJK tertinggi serta ahli yang lain merakamkan gambar kenangan bersama Jismit (empat dari kanan) selepas mesyuarat.
AJK tertinggi serta ahli yang lain merakamkan gambar kenangan bersama Jismit (empat dari kanan) selepas mesyuarat.
 ??  ?? JISMIT
JISMIT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia