Utusan Borneo (Sabah)

Majlis Berbuka Puasa UPPsiKS–Peroda medium santuni golongan OKU

-

KOTA KINABALU: Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu (Peroda) menjadi medium interaksi dan menyantuni ahli Perodayang­merupakana­ntaragolon­gan orang kurang upaya (OKU).

Menurut Ketua UPPsiKS Dr Muhammad Idris Bullare @Bahari, program itu merupakan satu inisiatif pihak UPPsiKS untuk memberikan khidmat masyarakat dan menyalurka­n sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada golongan OKU serta pihak Peroda.

“Program ini antara lain bertujuan menerapkan sikap ambil berat dan suka membantu dalam kalangan masyarakat serta sebagai platform untuk mengenali dengan lebih dekat dan menghargai golongan OKU.

“Program ini juga mengajak kita untuk menghayati erti kasih sayang dan kekeluarga­an, sekali gus meningkatk­an lagi penghayata­n bulan Ramadan buat umat Islam,” katanya.

Tambah beliau, melalui program itu juga, sumbangan kewangan dan jamuan berbuka diperoleh daripada beberapa syarikat dan orang perseorang­an, selain sumbangan dalam bentuk wang tunai disalurkan terus ke akaun Peroda.

Seramai 25 ahli Peroda yang terdiri daripada OKU berkerusi roda bersama 50 ahli keluarga OKU dan 15 sukarelawa­n turut serta pada program itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Peroda Fariz A Rani.

 ??  ?? PARA ahli Peroda merakamkan gambar kenangan sebelum majlis berbuka puasa.
PARA ahli Peroda merakamkan gambar kenangan sebelum majlis berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia