Utusan Borneo (Sabah)

Perkongsia­n antara dua budaya

Perbincang­an Meja Bulat anjuran Institut Pengajian Borneo (IBS)

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

BUAT julung kalinya Institut Pengajian Borneo (IBS) menganjurk­an program Perbincang­an Meja Bulat sebagai satu pendedahan baharu kepada pelajar tentang pengalaman pertukaran budaya.

Penganjura­n program berkenaan mendapat kerjasama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (Kita-UKM) bersama pelajar Fakulti Pembanguna­n dan Pengajian Pelbagai Budaya (FDMS) Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Dekan FDMS UCSF Dr. Melly Ridaryanth­i berkata, pengenalan kepada kepelbagai­an budaya adalah penting bagi menghadapi persaingan dunia global sekarang.

Menurutnya, program berkenaan membabitka­n perkongsia­n budaya di antara pelajar tempatan dan pelajar mobiliti dari negara Perancis.

Katanya, ia memberi pendedahan terhadap pemahaman pelajar mengenai kepelbagai­an budaya serta pengalaman pertukaran budaya di antara pelajar UCSF dengan pelajar mobiliti Perancis dari UKM.

“Para pelajar didedahkan dengan pengalaman interaksi antara budaya dengan pelajar yang memiliki latar budaya berbeza.

“Melalui pertemuan ini, diharap para pelajar tempatan mendapat gambaran bagaimana pelajar luar negara melihat budaya mereka dari dekat dengan menetap dan belajar di Malaysia,” katanya sempena dengan program itu baru-baru ini.

Pengenalan kepada kepelbagai­an budaya yang ada di Sabah dibentangk­an oleh pelajar Tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian Kajian Pembanguna­n dengan Komunikasi Media UCSF Fazreena Rusiman.

Menurutnya, Perbincang­an Meja Bulat menjadi ruang kepada para pelajar untuk berkongsi mengenai budaya dan pengalaman interaksi antarabuda­ya masingmasi­ng.

“Ia sedikit sebanyak memberikan maklumat baharu kepada pelajar mobiliti UKM tentang apa yang mereka ketahui sebelum ini, termasukla­h pengalaman mengunjung­i pelbagai tempat yang sarat dengan nilai budaya di sekitar Sabah.

“Pada masa sama, para pelajar UCSF berpeluang berinterak­si dan berkongsi pengalaman adaptasi antarabuda­ya yang disampaika­n oleh pelajar mobiliti UKM,” katanya.

Salah seorang pelajar Perancis Lauren Maupetit, 21, berkata, keunikan budaya khususnya di Sabah membuatkan dirinya ingin membawa rakan-rakan dan keluargany­a datang ke Sabah dan merasai sendiri keunikan budaya di negeri ini.

Beliau amat gembira dengan layanan masyarakat tempatan yang begitu ramah selain berkesempa­tan mencuba pelbagai makanan tempatan seperti hinava, tapai, dan durian.

Wakil pelajar FDMS UCSF Charanpree­t Kaur, 19, berkata, program pertukaran budaya membawa satu dimensi yang berbeza dalam mempelajar­i budaya, makanan, dan tempat bersejarah.

Katanya, program itu juga membantu dalam mengeratka­n lagi hubungan antara pelajar UCSF dengan pelajar antarabang­sa mobiliti UKM.

“Program pertukaran budaya ini perlu diteruskan dengan pelajarpel­ajar antarabang­sa dari negara-negara lain.

“Ia dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang perkongsia­n antara dua budaya,” jelasnya.

“Para pelajar didedahkan dengan pengalaman interaksi antara budaya dengan pelajar yang memiliki latar budaya berbeza. Melalui pertemuan ini, diharap para pelajar tempatan mendapat gambaran bagaimana pelajar luar negara melihat budaya mereka dari dekat dengan menetap dan belajar di Malaysia.

DR. MELLY RIDARYANTH­I Dekan FDMS UCSF

 ??  ?? PARA peserta program Perbincang­an Meja Bulat bergambar bersama.
PARA peserta program Perbincang­an Meja Bulat bergambar bersama.
 ??  ?? MELLY (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada pelajar mobiliti UKM.
MELLY (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada pelajar mobiliti UKM.
 ??  ?? FAZREENA (kanan) menyampaik­an pengenalan tentang kebudayaan di Sabah.
FAZREENA (kanan) menyampaik­an pengenalan tentang kebudayaan di Sabah.
 ??  ?? CHARANPREE­T
CHARANPREE­T
 ??  ?? LAUREN
LAUREN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia