Utusan Borneo (Sabah)

Kekal bersatu, fokus objektif perjuangan SUPP

Ahli SUPP digesa terus berkhidmat dan berjuang demi kepentinga­n negeri dan rakyat negeri ini

-

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa ahli parti kekal bersatu dan fokus dengan objektif perjuangan parti.

Menurut Dr Sim, meskipun Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, namun di Sarawak BN masih lagi kerajaan yang memerintah.

Justeru beliau menggesa ahli SUPP terus berkhidmat dan berjuang demi kepentinga­n negeri dan rakyat negeri ini.

“Kalah menang dalam pilihan raya adalah perkara biasa dalam politik dan ini bukan pertama kali kita jadi pembangkan­g.

“Jadi tidak perlu rasa takut yang penting kita harus tahu bagaimana untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini dalam Kerajaan Sarawak dan sebagai pembangkan­g dalam Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara menaikkan bendera parti sempena ulang tahun ke-59 parti di Ibu Pejabat SUPP di sini pada Isnin.

Tambah Dr Sim, SUPP bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) perlu kekal bersatu dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ini penting katanya, supaya dalam tiga tahun akan datang BN Sarawak yang terdiri daripada SUPP, PBB, PRS dan PDP dapat menunjukka­n kepada rakyat bahawa Kerajaan Sarawak mampu memerintah negeri ini meskipun bukan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam ucapannya, Dr Sim turut menyatakan rasa kesal dengan tindakan segelintir pemimpin SUPP yang bertindak membelakan­gi kepimpinan parti.

Rasa kesal tersebut adalah merujuk kepada tindakan pemimpin dari Cawangan Dudong yang menggesa peletakan jawatan sertamerta Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting secara terbuka.

“Saya rasa sangat sedih dengan tindakan ini. Saya telah ke Sibu untuk berjumpa dengan mereka dan membincang­kan mengenai masalah dalaman parti tetapi mereka tidak menjelaska­n apa-apa.

“Sebaliknya mereka bercakap menerusi akhbar yang mana bagi saya adalah satu tindakan yang kurang berdisipli­n,” katanya sambil menambah, parti masih belum membincang­kan sama ada akan mengambil tindakan disiplin ke atas tindakan pemimpin dari Cawangan Dudong yang dipengerus­ikan Wong Chin Yong.

Wong bersama empat lagi pemimpin tertinggi parti cawangan berkenaan telah menggesa Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau untuk meletak jawatan sebagai setiausaha agung selepas parti kalah di enam kerusi pada PRU14 lepas.

“Kalah menang dalam pilihan raya adalah perkara biasa dalam politik dan ini bukan pertama kali kita jadi pembangkan­g. ” DATUK DR SIM KUI HIAN Presiden SUPP

 ??  ?? DR SIM (tengah) mengetuai pemimpin serta ahli SUPP yang lain melaungkan slogan Saati selepas upacara menaikkan bendera parti sempena ulang tahun ke-59 parti di Ibu Pejabat SUPP di Kuching.
DR SIM (tengah) mengetuai pemimpin serta ahli SUPP yang lain melaungkan slogan Saati selepas upacara menaikkan bendera parti sempena ulang tahun ke-59 parti di Ibu Pejabat SUPP di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia