Utusan Borneo (Sabah)

Polis patahkan cubaan merompak mesin ATM

-

KUCHING: Cubaan seorang lelaki yang hendak merompak mesin pengeluara­n wang (ATM) dengan cuba memecahkan mesin tersebut berjaya dipatahkan sepasukan polis daripada Unit Kereta Peronda (MPV) di sebuah bank di bandar raya ini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 4.35 petang Isnin apabila suspek berusia 29 tahun cuba memecah mesin ATM di bank berkenaan.

Namun katanya, usaha suspek berjaya digagalkan dan suspek ditangkap oleh sepasukan polis MPV Kuching.

“Pihak polis ada menerima laporan berhubung mesin wang ATM Hong Leong Bank Sentral Park Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce yang cuba dipecah oleh suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari Kuching.

“Suspek menaiki sebuah kereta ke tempat kejadian dan supek telah masuk ke dalam tempat urusan mesin ATM bank bersama alat tukul besi untuk membuka pelindung mesin wang ATM tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Denis menambah, tindakan suspek itu menyebabka­n pihak kawalan sistem penggera kepada bank tersebut telah memberi isyarat dan menghubung­i pihak polis.

Katanya, pihak polis MPV yang meronda di kawasan berdekatan telah bertembung dengan suspek yang cuba melarikan diri keluar dari tempat mesin wang ATM tersebut.

“Pihak polis berjaya menangkap suspek selepas berlaku kejar mengejar ketika suspek cuba melarikan diri ke tingkat satu bangunan bersebelah­an tidak jauh dari bank tersebut,” tegasnya.

Menurutnya, polis juga berjaya merampas alat tukul besi dan topeng digunakan suspek yang dijumpai di tempat kejadian.

Suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan telah ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan polis.

“Jika disabit kesalahan suspek boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 kanun yang sama, iaitu tempoh penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia