Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan hadapi skim MSPO

Alat pelaporan online diterima positif oleh pembekal Wilmar

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Wilmar Internatio­nal Limited (Wilmar) telah membangun dan melancarka­n alat pelaporan dalam talian (online) bagi menilai kesediaan pembekalny­a di negara ini dalam menghadapi skim pensijilan Malaysian Sustainabl­e Palm Oil (MSPO) yang akan diwajibkan pada penghujung tahun 2019.

Alat Pelaporan Pembekal atau Supplier Reporting Tool (SRT) membolehka­n pengilang minyak sawit mengukur prestasi terkini dalam mencapai keperluan MSPO dan dasar ‘Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut, Tiada Eksploitas­i’ yang diamalkan oleh Wilmar.

SRT yang diadaptasi daripada soal selidik yang pada asalnya dibangunka­n The Forest Trust (TFT) untuk sektor minyak sawit, menyenarai­kan pelbagai soalan yang berkait dengan dasar, rantaian bekalan, ketelusan dan perlindung­an alam sekitar seperti pemelihara­an hutan.

Setelah mengisi maklumat ke dalam SRT, pembekal akan menerima skor sama ada rendah, sederhana atau tinggi dan ini memberi petunjuk tentang kesediaan mereka untuk skim pensijilan MSPO.

Pembekal akan dibimbing untuk mencapai keperluan pensijilan MSPO serta dasar NDPE dan selain itu, laporan yang dihasilkan boleh dikongsi oleh pembekal dengan pihak berkepenti­ngan yang memerlukan maklumat tentang pematuhan terhadap kemampanan seperti pembeli, juruaudit atau bank.

Sejak SRT dilancarka­n pada Mac 2018, Wilmar berjaya menjalanka­n enam bengkel latihan di seluruh negara bagi separuh daripada lebih 260 pembekalny­a.

Wilmar turut menjalinka­n kerjasama dengan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), badan yang diberi mandat untuk membangun dan melaksanak­an skim pensijilan MSPO,bagimajlis­itumemberi sokongan yang diperlukan kepada pembekal.

Pengurus Besar Kemampanan (Sustainabi­lity) Kumpulan Wilmar Perpetua George berkata sebagai syarikat pemproses dan pedagang minyak sawit yang terbesar di dunia, Wilmar komited untuk memenuhi permintaan pengguna yang inginkan minyak sawit yang disijilkan dan ia mampu dilakukan apabila pembekalny­a mula mengamalka­n aspek kemampanan dalam operasi mereka.

“SRT membolehka­n kami menentukan tahap kepatuhan pembekal dan membantu mereka yang mendapat skor rendah untuk menangani halangan yang dihadapi dalam usaha memenuhi keperluan kemampanan. Usaha ini direalisas­ikan supaya Wilmar dapat berkongsi pengetahua­n danmemberi­sokonganke­pada pembekal supaya mereka bersedia untuk pensijilan MSPO.

“Usaha ini turut memberi peluang kepada Wilmar dan MPOCC untuk mengenalpa­sti jurang dan mengambil langkah yang sesuai seperti memberi latihan dan bantuan audit dalam cara yang lebih berkesan. SRT juga berfungsi sebagai alat pelaporan dalaman yang membantu kami membuat analsis jurang yang wujud dalam dasar NDPE Wilmar,” katanya.

Kim Loong Resources Berhad yang memiliki operasi pengilanga­n minyak sawit di Sabah dan Johor mendapati bahawa SRT berguna dalam mengesan aspek dalam operasi yang dijalankan dengan baik dan perkara lain yang perludiber­ikan perhatian.

Timbalan Pengarah Perladanga­n syarikat, Gooi Chuen Kang berkata alat pelaporan itu mudah digunakan dan adalah permulaan yang baik bagi menggalakk­an pembekal menyediaka­n diri bagi menghadapi pensijilan MSPO.

“Alat pelaporan ini membantu kami mengenalpa­sti jurang yang perlu kami tangani. Kami tidak mempunyai unit khas yang menjaga aspek kemampanan dan alat pelaporan ini memberi maklumat yang diperlukan bagi penambahba­ikan yang perlu dilakukan. Saya percaya alat pelaporan ini akan menjadi lebih berguna pada masa hadapan sekiranya ia terus dibangunka­n.

“Kami turut berminat untuk melihat sekiranya SRT ini boleh digunakan untuk kami lebih melibatkan diri dalam usaha kemampanan pihak yang membekalka­n minyak sawit kepada kami,” katanya.

Pengurus Besar Kumpulan Sungei Kahang Palm Oil Sdn Bhd Isaac Lee berkata usaha Wilmar dalam membangunk­an SRT adalah satu bentuk sokongan bagi mengenalpa­sti penambahba­ikan yang diperlukan dalam operasi pembekal.

“Alat pelaporan ini menyediaka­n sumber untuk pembekal seperti syarikat kami menambahba­ik usaha kemampanan yang kami jalankan. Kami sedar tentang kepentinga­n pembekal menjalanka­n usaha kemampanan dalam bentuk formal dan yang boleh diterima oleh badanbadan yang menjalanka­n skim pensijilan.

“Kami juga percaya alat pelaporan ini berguna untuk Wilmar memaklumka­n pelanggan mereka tentang usaha kemampanan yang dijalankan pembekalpe­mbekalnya,” katanya.

Bagi pembekal Wilmar di luar negara, SRT akan mengambilk­ira piawaian kebangsaan yang sesuai, selain keperluan dasar NDPE.

Wilmar telah memulakan versi SRT yang dirumus khas untuk pekebun kecil di Amerika Latin, manakala versiuntuk­Indonesiad­ijangka akan siap pada Julai 2018.

“Usaha ini turut memberi peluang kepada Wilmar dan MPOCC untuk mengenalpa­sti jurang dan mengambil langkah yang sesuai seperti memberi latihan dan bantuan audit dalam cara yang lebih berkesan. SRT juga berfungsi sebagai alat pelaporan dalaman yang membantu kami membuat analsis jurang yang wujud dalam dasar NDPE Wilmar.

PERPETUA GEORGE Pengurus Besar Kemampanan (Sustainabi­lity) Kumpulan Wilmar

 ??  ?? PEMBEKAL minyak sawit mengadakan perbincang­an dalam kumpulan di salah satu daripada enam bengkel yang dijalankan.
PEMBEKAL minyak sawit mengadakan perbincang­an dalam kumpulan di salah satu daripada enam bengkel yang dijalankan.
 ??  ?? WILMAR telah menjalanka­n enam bengkel untuk pembekalny­a di Malaysia dalam memahami SRT sejak dilancarka­n pada Mac 2018.
WILMAR telah menjalanka­n enam bengkel untuk pembekalny­a di Malaysia dalam memahami SRT sejak dilancarka­n pada Mac 2018.
 ??  ?? ISAAC LEE
ISAAC LEE
 ??  ?? GOOI CHUEN
GOOI CHUEN
 ??  ?? PERPETUA
PERPETUA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia