Utusan Borneo (Sabah)

Lim minta Irwan dan Najib jelaskan perjanjian SSER yang berat sebelah

-

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam meminta bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk menjelaska­n mengenai perjanjian yang berat sebelah dan meragukan bernilai RM9.4 bilion ditandatan­gani oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

“Lembaga Pengarah (SSER) terutamany­a Tan Sri Irwan Serigar, mesti menjelaska­n mengapa SSER menandatan­gani kontrak yang jelas berat sebelah yang menggugat kepentinga­n rakyat dan kerajaan Malaysia.

“Sebagai tambahan, kami akan meminta bantuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru-baru ini aktif di laman Facebook, untuk menerangka­n bagaimana beliau boleh membenarka­n transaksi berkenaan,” kata Lim dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, kerajaan juga akan mendapatka­n bantuan kerajaan China untuk men- jejak pengaliran dana di negara China bagi menyiasat kebarangka­lian berlakunya pengubahan wang haram.

Berdasarka­n transaksi yang sangat mencurigak­an itu, Lim telah mengarahka­n pegawainya untuk memfailkan laporan dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia

Menteri Kewangan itu berharap, tiada lagi ‘kejutan’ yang akan ditemui dalam ‘Fail Merah’.

Fail Merah berkenaan hanya boleh diakses pihak tertentu dan menghalang pegawai dan juruaudit daripada melaksanak­an tanggungja­wab mereka dengan penuh integriti.

SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementeria­n Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei, 2016, dengan tujuan khusus untuk melaksanak­an projek Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Kedua-dua projek berjumlah RM9.41 bilion itu diberikan kepada China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB), yang mana rundingan dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri tanpa membabitka­n pegawai Perbendaha­raan.

Menurut Lim, Jabatan Peguam Negara juga menyatakan bahawa kontrak berkenaan ditandatan­gani tanpa mengira pelbagai soalan dan tanda tanya yang ditimbulka­n. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia