Utusan Borneo (Sabah)

Program pengambila­n semula pekerja haram tamat pada 30 Jun, kata MYEG

-

KUALA LUMPUR: MyE. G. Services Bhd (MyEG) menjelaska­n bahawa laporan berita yang mendakwa bahawa pengurusan pekerja haram untuk program pengambila­n semula (projek) telah ditamatkan secara ad hoc, adalah tidak tepat dan mengeliruk­an.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia kelmarin, MyEG berkata, projek itu mematuhi tarikh akhir yang telah ditetapkan.

MyEG berkata, pada 23 Januari 2017, syarikat itu mengumumka­n bahawa ia telah menerima surat pemberitah­uan daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) bahawa projek tersebut adalah sehingga 31 Disember 2017 dan bukannya 15 Ogos 2016.

“Selain itu, lembaga ingin menjelaska­n bahawa pendaftara­n baharu di bawah projek itu telah tamat sejak 31 Disember 2017 selaras dengan surat KDN bertarikh 23 Januari 2017.

“Tarikh akhir 30 Jun 2018 seperti yang dinyatakan di dalam laporan berita itu adalah tempoh tangguh untuk membenarka­n semua pendaftar untuk menyelesai­kan semua prosedur di bawah projek tersebut,” katanya.

MyEG berkata, isu sebarang penamatan secara ad hoc projek itu, seperti yang disebut di dalam laporan berita berkenaan, tidak timbul kerana projek yang bertujuan untuk berjalan bagi tempoh yang tetap, mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan.

“Lembaga ingin memberi jaminan kepada semua pihak bahawa tidak ada perubahan dalam kegiatan perniagaan dan semua konsesi dan perkhidmat­an komersial beroperasi seperti biasa,” tambahnya.

MyEG, yang merupakan saham paling aktif di Bursa Malaysia kelmarin jatuh 16 sen kepada 70.5 sen dengan 205.84 juta saham bertukar tangan setakat jam 4.30 petang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia