Travelog bermotor ‘Kembara Rasa Jaket Biru’ bersama Shamsul Ghau Ghau di TV Okey
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program ‘Kembara Rasa Jaket Biru’ berkonsepkan travelog bermotor di mana hos program menunggang motosikal berkuasa tinggi mencari tempat makan yang sesuai untuk penunggangpenunggang berkonvoi singgah di seluruh Malaysia.
Menampilkan hos Shamsul Ghau Ghau, program 13 episod yang sedang bersiaran setiap Khamis, jam 2.30 petang menerusi saluran TV Okey (Astro 109) ini memaparkan tiga segmen ini iaitu ‘Kembara Rasa 1’, ‘Tip Kembara’ dan ‘Kembara Rasa 2’.
Dalam setiap episod siarannya, Shamsul akan mengembara ke seluruh negara untuk mencari tempat-tempat makan yang menyediakan makanan yang sedap dan mempunyai kemudahan yang sesuai untuk menampung penunggangpenunggang motosikal berkuasa tinggi yang berkonvoi.
Seterusnya Shamsul akan bergabung dengan penunggang-penunggang dari kelab motosikal tempatan dan akan ke sesebuah premis untuk menikmati makanan yang disediakan dan seterusnya memberi penilaian terhadap makanan serta kemudahan yang disediakan.
Antara paparan menarik yang dikongsikan dalam episod di mana Shamsul bertolak dari ‘World of Motions’ menuju ke utara tanah air dengan diiringi oleh penunggang-penunggang dari ‘Independent Motor Club’.
Segmen pertama ‘Kembara Rasa 1’ telah membawa mereka ke gerai ‘Mee Kari Ami’, Gopeng yang biasa menjadi kunjungan penunggang-penunggang yang berkembara. Gerai yang menyediakan berbagai juadah mi dan laksa ini telah menerima penarafan skala 4.2 hingga 4.8 km daripada Shamsul dan wakil-wakil daripada ‘Independent Motor Club’.
Seterusnya dalam segmen kedua ‘Kembara Rasa 2’, Shamsul di Gopeng iaitu ‘Warong P. Ramlee’. Warung yang terletak di dalam kebun getah ini berkonsepkan zaman P. Ramlee dahulu.
Uniknya di warung ini adalah makanan dihidangkan menggunakan pinggan ayan yang sudah sukar untuk didapati sekarang.
Segmen akhir untuk kali ini, ‘Tip Kembara’ memberikan penjelasan tentang perbezaan antara ‘Motor Club (MC)’ dan ‘Motor Grup (MG)’.
Episod seterusnya memaparkan Shamsul bersama ahli-ahli ‘Pirata of Kustoms MC’ telah ke Warung Sara di Semanbu, Kuantan yang menyediakan sajian Nasi Kerabu Ayam Bakar Madu, Nasi Lemak Ikan Sekor, Pulut Kuning Ayam Percik dan masakan panas.
Seterusnya menerusi segmen ‘Kembara Rasa 2’, Shamsul dan rombongannya yang masih ditemani oleh ‘bikers’ dari ‘Pirata of Kustoms MC’ ke ‘Jaman Tory Resepi’ juga di Kuantan untuk menikmati hidangan istimewa di sini.
Shamsul kemudiannya memulakan episod dengan berkunjung ke ‘De Garage’, Kajang yang menjual barangan berkaitan dengan motosikal diikuti dengan segmen ‘Kembara Rasa 1’ di mana Shamsul bersama ‘bikers’ lain telah mengunjungi Warung D’Sawah yang terletak di Ulu Bendol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Segmen seterusnya membawa Shamsul ke Kedai Makan Resepi Sabak Salai di Kg. Kundur, Pedas, Rembau.
Dalam segmen terakhir Shamsul meneruskan pengembaraan ke Jalan Labu – Kuala Pilah dan singgah di Kedai Kopi Ameng yang telah beroperasi sejak tahun 50-an lagi.
Berikutnya Shamsul bersama ahli-ahli ‘Soulz MC’ telah ke Kedai
Roti Canai Kayu Arang di Melaka yang menyediakan sajian nasi lemak kukus, lotong, kuih muih dan roti canai yang dimasak menggunakan kayu arang.