Utusan Borneo (Sabah)

Kawal perairan Sabah, Sarawak

KD Kelantan perkukuh pertahanan negara

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Demi tanggungja­wab menjaga keselamata­n negara, 110 anggota Kapal Diraja (KD) Kelantan menunaikan tanggungja­wab berpindah ke Sabah untuk bertugas di perantauan dan tidak sempat bersama keluarga meraikan Aidilfitri tahun ini.

Bersesuaia­n perancanga­n penubuhan Markas Pemerintah­anArmadaTi­mur, KD Kelantan adalah kapal keempat yang dipindahka­n ke Armada Timur dalam usaha meningkatk­an pertahanan di perairan di Sabah dan Sarawak.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata perpindaha­n KD Kelantan di sini juga bagi memperkuku­h kewujudan pemerintah­an dua wilayah antara Armada Barat dan Armada Timur.

“Penyerahan KD Kelantan ke Armada Timur dijangka dapat meningkatk­an tahap keselamata­n di sini kelak selain memberi nafas baharu kepada Armada Timur serta TLDM khasnya dalam misi memperkuku­hkan pertahanan perairan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Perpindaha­n KD Kelantan ke Markas Pemerintah­an Armada Timur di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Turut hadir, Panglima Angkatan Kapal Selam Laksamana Muda Zulhelmy Ithnain, Panglima Logistik Timur Laksamana Pertama Ir Ow Kiat dan Pegawai Memerintah KD Selangor Komander Manimaran TLDM.

Zahiruddin berkata sejak kapal peronda generasi baharu (PV) ditauliahk­an pada 6 Mei 2010, KD Kelantan terlibat pelbagai misi dan operasi khas di Semenanjun­g serta Sabah Sarawak termasuk operasi mencari MH370 pada 2014.

“KD Kelantan juga sering terlibat dengan pelbagai

“Penyerahan KD Kelantan ke Armada Timur dijangka dapat meningkatk­an tahap keselamata­n di sini kelak selain memberi nafas baharu kepada Armada Timur serta TLDM khasnya dalam misi memperkuku­hkan pertahanan perairan ” negara. LAKSAMANA MADYA DATUK SYED ZAHIRUDDIN PUTRA SYED OSMAN Panglima Armada Timur

eksesais antaranya Angkasa Samudera (ANGSA), Operation Sea Training (OSTEX), Taming Sari, Pangkor War dan eksesais bilateral termasuk MalaysiaSi­ngapura (MALAPURA).

“Kapal ini juga dijadikan platform acara rasmi VVIP dan sering menerima lawatan daripada delegasi kenamaan Malaysia selain pernah menerima anugerah kepujian Panglima Tentera Laut pada 2012,” katanya.

Tambahnya, KD Kelantan turut menggunaka­n sistem istimewa ‘Smart Ship’ dengan pengendali­an kapal menggunaka­n kru dalam jumlah minimum berbanding kapal lain.

Beliau berkata dengan adanya keupayaan tinggi yang dimiliki KD Kelantan itu akan membantu memperkasa­kan lagi rondaan lebih kerap dan lama di perairan.

Pada masa sama katanya, Armada Timur juga akan mengutamak­an aspek logistik dan kepakaran di Pelabuhan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) bagi memudahkan penyelengg­araan kapal dalam satu lokasi yang ditempatka­n di sini seterusnya meningkatk­an lagi kesiagaan Armada Timur.

Sementara itu, Zahiruddin berkata 36 keluarga anggota yang berkhidmat dengan kapal itu di Pangkalan TLDM Lumut akan berpindah dan menetap di Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Dua lagi kapal peronda jenis sama masing-masing KD Terengganu dan KD Pahang dijangka akan dipindahka­n di Armada Timur hujung tahun ini dan awal tahun depan manakala KD Selangor sudah ditempatka­n di sini Januari lalu.

 ??  ?? WARGA PTKK hadir di Jeti PTKK bagi menyambut kedatangan KD Kelantan.
WARGA PTKK hadir di Jeti PTKK bagi menyambut kedatangan KD Kelantan.
 ??  ?? ZAHIRUDDIN menyempurn­akan acara mengikat tali kapal pada tombol Jeti PTKK sebagai menyambut kedatangan KD Kelantan ke Armada Timur.
ZAHIRUDDIN menyempurn­akan acara mengikat tali kapal pada tombol Jeti PTKK sebagai menyambut kedatangan KD Kelantan ke Armada Timur.
 ??  ?? ZAHIRUDDIN semasa bersalaman dengan anggota KD Kelantan.
ZAHIRUDDIN semasa bersalaman dengan anggota KD Kelantan.
 ??  ?? KD Kelantan semasa merapat di Jeti PTKK kira-kira jam 9 pagi Selasa.
KD Kelantan semasa merapat di Jeti PTKK kira-kira jam 9 pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia