Utusan Borneo (Sabah)

Sambut positif cadangan jalan raya getah di Sabah: Peter Anthony

-

TAWAU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah menyambut positif cadangan berhubung penggunaan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di negeri ini.

Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mempertimb­angkan perkara itu sekiranya kaedah itu memberi faedah kepada kerajaan.

“Ini suatu perkara baharu dalam kementeria­n kita dan tidak pernah lagi dilaksanak­an (jalan raya getah) di Sabah, tetapi kalau itu (cadangan) mendatangk­an hasil, memudahkan serta membantu kerajaan untuk menjimatka­n kos itu adalah satu cadangan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak empangan dan loji air Cinta Mata dekat sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick bercadang memperkena­lkan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di Sabah khususnya di luar bandar.

Peter berkata sebarang pengenalan kaedah baharu berkaitan pembanguna­n infrastruk­tur termasuk pembinaan jalan raya menggunaka­n teknologi getah itu, perlu bersesuaia­n dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) kementeria­n.

“Kaedah ini ada dilaksanak­an di Kuala Lumpur sebagai projek rintis dan masih dalam pemerhatia­n,” katanya lagi.

Beliau berkata secara langsung kaedah itu membantu Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk memikir cara membantu meningkatk­an harga getah sekali gus meningkatk­an pendapatan pengusaha getah di negeri ini.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia