Utusan Borneo (Sabah)

PIUMS jadi pusat rujukan

Selain sebagai platform dakwah islamiah komuniti

-

KOTA KINABALU: Pembinaan bangunan Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (PIUMS) mampu memberi kemudahan rujukan ilmiah serta pusat kegiatan dakwah kepada para pelajar, kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan masyarakat sekitar.

Pengarah PIUMS Dr Muhamad Suhaimi Taat berkata, bangunan baharu yang siap pada Mei itu mula dibina pada 24 Oktober 2016 melibatkan kos sebanyak RM4.7 juta melalui peruntukan persekutua­n yang disalurkan melalui Kementeria­n Pengajian Tinggi.

Katanya, bangunan dua tingkat berkeluasa­n 6,280 meter persegi berkenaan menempatka­n Pejabat Pentadbita­n PIUMS di tingkat satu manakala bahagian bawah menempatka­n dua bilik seminar yang boleh menempatka­n 300 orang pada satu-satu masa, dua bilik kuliah, satu perpustaka­an mini, satu kedai mini, satu bilik galeri dan satu bilik mesyuarat eksekutif selain kemudahan pantri dan tandas awam.

“Bangunan baharu ini mampu menjadi pusat rujukan akademik selain menjadi penggerak kepada penganjura­n aktiviti keagamaan dengan lebih kondusif dan berskala besar,” jelas beliau ketika menyampaik­an taklimat kepadaYang­DipertuaNe­geri Tun Dr Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah RM Jasni, di sini pada Isnin.

Juhar yang merasmikan bangunan itu diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada majlis berbuka puasa dan solat sunat tarawih di Masjid UMS.

Pada majlis itu, Juhar juga menyaksika­n penyerahan sumbangan zakat berjumlah RM16,000 daripada Pusat Zakat Sabah kepada pelajar dan kakitangan UMS yang layak.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Shuryani Shuaib, Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman. - Jabatan Penerangan

“Bangunan baharu yang siap pada Mei itu mula dibina pada 24 Oktober 2016 melibatkan kos sebanyak RM4.7 juta melalui peruntukan persekutua­n yang disalurkan melalui Kementeria­n Pengajian ” Tinggi. DR MUHAMAD SUHAIMI TAAT Pengarah PIUMS

 ??  ?? KAMARUDIN (dua kiri) menerima sumbangan zakat bagi pihak UMS daripada wakil Pusat Zakat Sabah sambil diperhatik­an Juhar (tengah), Shafie (tiga kiri), Muhamad (kiri) dan Yusof (dua kanan).
KAMARUDIN (dua kiri) menerima sumbangan zakat bagi pihak UMS daripada wakil Pusat Zakat Sabah sambil diperhatik­an Juhar (tengah), Shafie (tiga kiri), Muhamad (kiri) dan Yusof (dua kanan).
 ??  ?? JUHAR bersama Shafie (empat kanan), Yusof (tiga kanan), Kamarudin (dua kanan), Nor Rizan (kanan) dan Yeo (kiri) menunaikan solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan Pegawai PIUMS, Razali Saibin.
JUHAR bersama Shafie (empat kanan), Yusof (tiga kanan), Kamarudin (dua kanan), Nor Rizan (kanan) dan Yeo (kiri) menunaikan solat sunat tarawih berjemaah yang diimamkan Pegawai PIUMS, Razali Saibin.
 ??  ?? MUHAMAD (kanan) memberi taklimat kepada Juhar pada sesi tinjauan sekitar bangunan PIUMS sambil diiringi Kamarudin (kiri).
MUHAMAD (kanan) memberi taklimat kepada Juhar pada sesi tinjauan sekitar bangunan PIUMS sambil diiringi Kamarudin (kiri).
 ??  ?? JUHAR menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai tanda perasmian PIUMS sambil diperhatik­an Norlidah (dua kanan).
JUHAR menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai tanda perasmian PIUMS sambil diperhatik­an Norlidah (dua kanan).
 ??  ?? NORLIDAH menyampaik­an sumbangan zakat kepada seorang mahasiswi sambil diperhatik­an Shuryani (kiri).
NORLIDAH menyampaik­an sumbangan zakat kepada seorang mahasiswi sambil diperhatik­an Shuryani (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia