Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa menteri tapis kes ke Mahkamah Perusahaan akan dibatalkan

-

sebagai rujukan dan tapisan sebelum sesuatu kes dibawa ke Mahkamah Perusahaan akan dibatalkan, bagi membolehka­n penyelesai­an kes antara majikan dan pekerja dipercepat­kan.

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegara­n berkata setakat ini terdapat lebih kurang 1,300 kes tertunggak yang memerlukan rujukan dan keputusan menteri untuk dibawa ke Mahkamah Perusahaan.

“Yang menjadi rumit…. contohnya, seseorang pekerja dibuang kerja dan dia merujuk perkara ini ke Jabatan Perhubunga­n Perusahaan yang mana majikan akan dipanggil untuk penyelesai­an. Sekiranya tidak ada jalan penyelesai­an, kes ini akan dirujuk kepada menteri dan menteri akan membuat keputusan sama ada untuk dibawa ke Mahkamah Perusahaan atau tidak.

“Saya (seorang menteri) menjadi proses untuk tapisan. Saya rasa tidak perlu wujudnya kuasa tersebut. Jika sesiapa mahu merujuk kepada Mahkamah Perusahaan dia harus terus pergi (mahkamah) tidak perlu rujuk menteri,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif, di sini.

Katanya beliau akan membawa cadangan pembatalan kuasa menteri tersebut ke mesyuarat kabinet dalam masa terdekat sebelum dibentangk­an di Parlimen.

Dalam pada itu, Kulasegara­n berkata beliau telah mengarahka­n pegawai dan kakitangan kementeria­n untuk menyelesai­kan 1,300 kes tertunggak itu dalam tempoh 31 hari bermula Khamis lepas (31 Mei).

“Saya beri masa 31 hari untuk selesaikan kes yang ada di sini (kementeria­n). Kalau mereka perlu kerja malam, Sabtu atau Ahad pun kerja lah. Kalau perlu saya pun akan sama-sama bekerja lebih masa. Janji selesaikan kes tertunggak itu dalam masa 31 hari,” katanya.

Katanya kebanyakan kes tertunggak tersebut melibatkan pekerja tempatan yang dipaksa berhenti kerja oleh majikan.

Dalam pada itu, K ula segara n yang mempunyai pengalaman sebagai peguam lebih 30 tahun berkata pihaknya sedang mencari mekanisme terbaik bagi mengurangk­an kos yuran guaman di Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh.

“Sebagai peguam yang banyak mengendali­kan keskes di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan, saya dapati ada situasi yang mana yuran guaman melebihi jumlah yang dituntut di mahkamah.

“Contohnya terdapat kes Mahkamah Buruh yang tuntutan hanya RM2,000 tetapi yuran guaman lebih RM2,000. Jadi kita akan cari jalan bagaimana kita boleh kurangkan kos yuran guaman,” katanya. -Bernama

 ??  ?? M Kulasegara­n (dua, kiri) berkata sesuatu kepada kakitangan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mengenai ciri-ciri keselamata­n ketika melawat fasiliti yang terdapat di Menara NIOSH Bandar Baru Bangi pada Selasa. -Gambar Bernama
M Kulasegara­n (dua, kiri) berkata sesuatu kepada kakitangan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mengenai ciri-ciri keselamata­n ketika melawat fasiliti yang terdapat di Menara NIOSH Bandar Baru Bangi pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia