Utusan Borneo (Sabah)

Galas tugas dengan telus

Saranan Dr Yusof kepada pemimpin masyarakat

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

“Saya juga ingin mengingatk­an agar semua pemimpin masyarakat supaya mengelakka­n dari bersikap pilih kasih. Saya difahamkan masih ramai lagi mereka yang layak menerima sumbangan tidak tersenarai. Kita perlu utamakan mereka yang layak.

DATUK DR YUSOF Menteri Pelajaran dan Inovasi

SIPITANG: Pemimpin masyarakat digesa menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n mereka dengan telus bagi memastikan sebarang bantuan dan sumbangan dapat disampaika­n kepada golongan sasar.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof berkata, setiap pemimpin terutama di peringkat kampung hendaklah menyediaka­n data dan statistik penduduk bagi mengenal pasti status penduduk di kawasan mereka.

“Saya juga ingin mengingatk­an agar semua pemimpin masyarakat supaya mengelakka­n dari bersikap pilih kasih. Saya difahamkan masih ramai lagi mereka yang layak menerima sumbangan tidak tersenarai. Kita perlu utamakan mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program Ziarah Ramadan anjuran Biro Agama dan Kebajikan Persatuan Kadayan Sabah (Paadian) di Masjid Jamek Pekan Mesapol.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n) Jufri Etok, Timbalan Presiden Hj Osman Ahmed, Pengerusi Masjid Jamek Abd Rahman Mohd Noh dan pengerusi penganjur Hamidi Salleh.

Pada majlis itu, Yusof yang juga Adun Sindumin dan presiden Paadian turut menyampaik­an bantuan kepada 20 anak yatim sumbangan persatuan itu.

Daripada jumlah itu, enam penerima yang merupakan pesakit terlantar menerima sumbangan daripada Masjid Jamek Pekan Mesapol.

 ??  ?? YUSOF menyampaik­an sumbangan Ramadan daripada Paadian kepada anak yatim pada program Ziarah Ramadan Paadian di Masjid Jamek Pekan Mesapol Sipitang.
YUSOF menyampaik­an sumbangan Ramadan daripada Paadian kepada anak yatim pada program Ziarah Ramadan Paadian di Masjid Jamek Pekan Mesapol Sipitang.
 ??  ?? ANAK yatim yang menerima sumbangan turut diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Paadian.
ANAK yatim yang menerima sumbangan turut diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Paadian.
 ??  ?? SEBAHAGIAN jemaah yang hadir sedang menunggu waktu berbuka puasa pada program Ziaran Ramadan Paadian.
SEBAHAGIAN jemaah yang hadir sedang menunggu waktu berbuka puasa pada program Ziaran Ramadan Paadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia