Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan hatrik Sahiran ceriakan Wirajaya

Tumpaskan Boyam 5-3 dalam saingan bolasepak persahabat­an

-

PAPAR: Jaringan hatrik Sahiran Muhjim dari Kelab Wirajaya pada minit ke 18, 25 dan 75 memberikan kemenangan selesa buat pasukan itu apabila mencatat keputusan bergaya 5-3 menewaskan Pasukan Boyam dalam perlawanan bola sepak persahabat­an di Padang Pekan Papar pada malam Isnin.

“Walaupun bermain di bulan Ramadan, namun Kelab Wirajaya masih mampu membuat aktiviti riadah selepas menunaikan solat Tarawih,” kata Mazlan Matbee salah seorang pemain Wirajaya yang ditemui selepas perlawanan.

Dalam masa yang sama Mazlan yang digelar Yap Wai Lon Wirajaya mencipta nama selaku penjaring pada minit ke 50 hasil tendangan deras dari jarak 25 meter yang terus menerjah jaring selain jarindari gan Abd. Wahid melalui tendangan percuma minit ke 65 .

Pujian juga harus diberi kepada Pasukan Boyam yang diketuai oleh Miming Boy dan Miming Am @ Hambran yang sentiasa melakukan serangan ke kubu Wirajaya.

Hasil usaha tanpa jemu akhirnya pemain lincah itu yang digelar Hassan Sani telah menjaringk­an gol pada minit ke 35 hasil larian solo dari tengah padang.

Manakala Miming Boy mencipta gol buat Pasukan Boyam pada minit ke 70 dan Hamzah Abdullah menjaringk­an gol dengan menggunaka­n tumit kiri dari jarak 15 meter pada minit-minit akhir perlawanan.

Perlawanan persahabat­an ini telah disempurna­kan oleh Faizal Julaihi; Setiausaha Politik kepada Adun Pantai Manis Datuk Hj. Aidi Hj. Mokhtar seterusnya menyampaik­an hadiah kepada penerima anugerah pada malam tersebut.

Di akhir perlawanan, Gani Tamin dari Pasukan Boyam dinobatkan selaku ‘Pemain Warga Emas’ dan Hamzah Abdullah selaku ‘Penjaring Tercantik’.

Manakala Salleh dari Wirajaya dianugerah­kan sebagai ‘Pemain Pertahanan Terbaik’ sepanjang perlawanan.

 ??  ??
 ??  ?? FAIZAL merakamkan gambar bersama kedua-dua pasukan.
FAIZAL merakamkan gambar bersama kedua-dua pasukan.
 ??  ?? BARISAN pemain Wirajaya; Sahiran (berdiri kanan) dan Abd. Wahid (berdiri dua kanan).
BARISAN pemain Wirajaya; Sahiran (berdiri kanan) dan Abd. Wahid (berdiri dua kanan).
 ??  ?? ANUGERAH KASUT EMAS, Sahiran (kiri) menyampaik­an hadiah kasut bola kepada Hamzah selaku penjaring tercantik dalam perlawanan itu.
ANUGERAH KASUT EMAS, Sahiran (kiri) menyampaik­an hadiah kasut bola kepada Hamzah selaku penjaring tercantik dalam perlawanan itu.
 ??  ?? FAIZAL menyampaik­an hadiah kepada Gani Tamin.
FAIZAL menyampaik­an hadiah kepada Gani Tamin.
 ??  ?? SAHIRAN menyampaik­an cenderahat­i berupa baju Wirajaya kepada Faizal sambil diperhatik­an oleh Suadi (kiri) dan Boy (kanan).
SAHIRAN menyampaik­an cenderahat­i berupa baju Wirajaya kepada Faizal sambil diperhatik­an oleh Suadi (kiri) dan Boy (kanan).
 ??  ?? PENGADIL perlawanan; Nizam (dua kiri) dan Guntur (dua kanan). Kelihatan Penasihat Pasukan Boyam Pajil (kiri).
PENGADIL perlawanan; Nizam (dua kiri) dan Guntur (dua kanan). Kelihatan Penasihat Pasukan Boyam Pajil (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia