Utusan Borneo (Sabah)

Persedian positif ke Perak

Skuad olahraga Sukma Sabah menang 6-5-4 di Terbuka Filipina

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad olahraga Sukan Malaysia (Sukma) Sabah menunjukka­n persediaan positif dengan meraih enam pingat emas, lima perak dan empat gangsa pada Kejohanan Olahraga Jemputan Terbuka Filipina.

Lebih menggembir­akan, tujuh atlet telah mencatat rekod peribadi terbaik pada kejohanan yang berlangsun­g di Bandaraya Ilagan pada 31 Mei hingga 4 Jun itu.

Pemenang pingat emas terdiri daripada Camelia Jasten dalam acara 400m wanita (62.03s), Zaidi Khani Kanisius (400m junior lelaki - 50.55s), Muhammad Eizlan Dahalan (lompat tinggi lelaki

“Ia adalah pencapaian yang menunjukka­n persediaan kita menghadapi Sukma Ke-19 Perak 2018, September depan berada di landasan yang positif. Saya harap graf peningkata­n prestasi atlet ” kita ini akan berterusan.

ALI AMAN Pengurus pasukan Olahraga Sabah

- 2.10m), pasukan 4x100m wanita (Halimatul Saadiah, Chelsea Casopea, Puteri Nur Safira, Ikma Syafiera Duris - 49.61s), pasukan 4x400m wanita (Camelia, Chelsea, Puteri dan Ikma - 4:12.62s) dan pasukan 4x400m lelaki (Riksi Tahir, Sharimien Saimoh, Zaidi dan Din Norbik - 3:19.07s).

Pingat perak dimenangi

Brynoth Alarick Larry (lontar peluru lelaki 14.32m), Puteri (400m wanita - 62.92s), Halimatul (100m lari berpagar wanita - 15.93s), Andre Anura (lompat kijang lelaki 15.57m) dan Din Norbik (100m - 11.18s).

Pingat gangsa pula dimenangi Zulkifli Sadin (lontar peluru lelaki 14.09m), Karmentina Nadia (100m lari berpagar wanita 15.97s), Marlin Hing (1500m wanita- 5:36.64s) dan Jatifah Gesikin (400m lari berpagar wanita - 69.60s).

Catatan yang dilakukan Zaidi (400m junior), Brynoth (lontar perluru), Zulkifli (lontar peluru), Jatifah (400m lari berpagar) dan Marlin (1500m) juga merupakan rekod peribadi terbaik masing-masing.

Shahrimien dan Riksi turut mencatat rekod peribadi terbaik walaupun gagal meraih pingat dalam acara 400m. Shahrimien mencatat 47.94s dan Riksi 48.75s.

“Iaadalahpe­ncapaianya­ng menunjukka­n persediaan kita menghadapi Sukma Ke19 Perak 2018, September depan berada di landasan yang positif. Saya harap graf peningkata­n prestasi atlet kita ini akan berterusan.

“Ia adalah tindakan yang baik oleh KBSS (Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah) dan MSN (Majlis Sukan Negeri Sabah) menghantar atlet menjalani latihan dan menyertai pertanding­an di Filipina sebagai persiapan menghadapi Sukma,” kata pengurus pasukan, Ali Aman ketika dihubungi di Filipina pada Selasa.

Skuad olahraga Sukma Sabah ke Filipina itu terdiri daripada 22 atlet yang dihantar secara berperingk­at bermula 7 Mei lalu. Mereka dijadualka­n balik ke sini hari ini.

Ia adalah persiapan fasa pertama dan dijadualka­n akan balik semula ke Filipina untuk persiapan fasa dua dan akhir pada Ogos sebelum menghadapi Sukma Perak.

“Kami berterima kasih kepada KBSS dan MSN Sabah serta semua yang terlibatme­mbantupers­iapan skuad olahraga Sukma kita termasuk membolehka­n kami menjalani latihan pusat dan mendapat pendedahan pertanding­an di Filipina,” kataAlisam­bilturutbe­rteima kasih kepada layanan baik Mayor Ilagan sepanjang penyertaan mereka pada Terbuka Filipina.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN 4x400m wanita Sukma Sabah menang emas di Terbuka Filipina, (dari kiri Camellia, Chelsea, Puteri dan Jatifah).
PASUKAN 4x400m wanita Sukma Sabah menang emas di Terbuka Filipina, (dari kiri Camellia, Chelsea, Puteri dan Jatifah).
 ??  ?? SKUAD Olahraga Sukma Sabah yang menyertai dan menang enam emas, lima perak dan empat gangsa di Terbuka Filipina.
SKUAD Olahraga Sukma Sabah yang menyertai dan menang enam emas, lima perak dan empat gangsa di Terbuka Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia