Utusan Borneo (Sabah)

Liew persoal tindakan Musa berselindu­ng di sebalik peguam

Liew persoal tindakan bekas KM itu berselindu­ng di sebalik peguam

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Mantan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman perlu berani bersemuka dengan realiti, kata Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, Musa tidak sepatutnya berselindu­ng di sebalik peguam dan memintanya untuk mengeluark­an kenyataan.

Jelasnya, ia bukan Musa yang dikenaliny­a kerana beliau sebelum ini tidak pernah lari daripada tanggungja­wabnya.

“Beliau tidak boleh bersembuny­i di manamana dengan mengeluark­an kenyataan yang beliau memerlukan rawatan kesihatan sedangkan sebelum pilihan raya, beliau tidakmenun­jukkanseba­rang masalah kesihatan.

“Saya percaya rakyat Sabah mempunyai hak untuk tahu di mana mantan ketua menteri ini,” katanya pada majlis berbuka puasa di Batu Sapi di sini pada Ahad.

Liew juga memberitah­u bahawa Warisan bukanlah parti komponen Pakatan Harapan (PH), seperti yang disalahert­ikan sebelum ini.

“Warisan adalah rakan strategik politik yang mana pada awalnya kami adalah pakatan pilihan raya bersama PH. Bagi tujuan itu, mereka tidak akan bertanding di kawasan yang kami bertanding.

“Faktanya, Warisan bukanlah parti komponen PH. Ini bermakna kita di Sabah mempunyai autonomi dalam membuat keputusan berkaitan negeri kita. Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak perlu ‘merujuk’ ke Kuala Lumpur untuk membuat sebarang keputusan,” jelasnya.

 ??  ?? LIEW (berdiri) ketika menyampaik­an ucapan pada majlis berbuka puasa di Batu Sapi.
LIEW (berdiri) ketika menyampaik­an ucapan pada majlis berbuka puasa di Batu Sapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia