Utusan Borneo (Sabah)

‘Nasi Manuk’ jadi rebutan di Bazar Ramadan Sandakan

- - Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

PERCUBAAN tahun pertama yang memberangs­angkan membuatkan dua anak muda kembali lagi berniaga di bazar Ramadan di tengah bandar Sandakan pada tahun ini.

Lebih unik apabila sejenis menu yang dijual adalah ‘Nasi Manuk’, yang mana manuk membawa maksud ayam dalam kalangan masyarakat tempatan.

Daripada namanya sahaja sudah menampakka­n kelainan berbanding menu yang biasa didengari iaitu nasi ayam.

Bagi Din Amiruddin Amirun, 21, selain daripada keunikan nama menu itu sendiri, gerainya juga menjadi tumpuan apabila menjadi satusatuny­a gerai bazar yang menawarkan cabutan bertuah keseluruha­n bernilai RM300 kepada pelanggan.

“Ini antara kelainan yang cuba kami tampilkan dalam usaha mempromosi Nasi Manuk. Cabutan ini akan kita jalankan pada 28 Ramadan melalui laman facebook kami iaitu Nasi Manuk,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo.

Selain berniaga pada bulan Ramadan, Din bersama rakannya Mohamad Amrin, 21, juga aktif mempromosi Nasi Manuk itu secara atas talian dan menyediaka­n khidmat penghantar­an kepada pelanggan.

Ketika ini mereka giat mengumpul modal dan merancang untuk membuka sebuah kedai yang tetap khusus bagi perniagaan Nasi Manuk dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Berdasarka­n testimoni daripada pelanggan, kami menerima maklumbala­s yang positif. Tahun ini juga, ramai pelanggan kami yang datang sendiri ke gerai ini berbanding tahun lalu yang mana kebanyakan pelanggan membuat tempahan secara atas talian.

“Dengan rempah perapan istimewa hasil olahan kami berdua, kami pasti pelanggan akan berpuas hati dengan Nasi Manuk. Apatah lagi tahun ini kami turut memperkena­lkan menu tambahan iaitu Air Mangga Warisan. Menu air ini adalah warisan turun temurun dan tidak ada kena mengena dengan politik,” jelasnya berseloroh.

Meskipun dua anak muda itu merupakan graduan Diploma Pengurusan Teknologi, namun mereka berani merebut peluang untuk memajukan diri dengan berniaga.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila mereka mampu menjual antara 50 hingga 60 bungkus Nasi Manuk setiap hari dan mampu meraih pendapatan lebih RM10,000 ketika bulan Ramadan tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia