Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan berkesan pemangkin budaya kecemerlan­gan sekolah

- MINDA PENDIDIK Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & MOHD. AZIZUAN ABDULLAH

KEPIMPINAN adalah satu konsep yang sukar dan kompleks kerana ia tidak terikat dengan penghasila­n dan pengekalan arahan tetapi ia menghasilk­an perubahan. Kepimpinan adalah suatu seni atau proses mempengaru­hi orang lain supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Kepimpinan mempunyai tugas, menyusun, mengarah dan menyelaras bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, pengukuran terhadap keberkesan­an kepimpinan ialah melihat sejauh mana pemimpin dan ahli dalam organisasi melaksanak­an tugas dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Dalam kepimpinan pendidikan, kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses transforma­si organisasi untuk menjadi sebuah komuniti pembelajar­an yang berkesan. Keupayaan pemimpin dalam menerajui organisasi pendidikan merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu organisasi berkenaan.

Oleh itu, terdapat empat ciri yang penting bagi kepimpinan yang berkesan dalam sesebuah sekolah, antaranya adalah mempunyai hala tuju yang jelas, berupaya membangunk­an sumber manusia, berupaya membangun struktur organisasi sekolah dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan seperti berkeyakin­an diri, deteminasi dan integriti.

Seseorang pemimpin sekolah yang berjaya dan berkesan adalah seorang pemimpin yang mempunyai hala tuju yang jelas terhadap organisasi­nya. Sekiranya seseorang pemimpin tidak mempunyai hala tuju yang jelas, maka tugas yang dilaksanak­an pada setiap hari merupakan tugas rutin yang membebanka­n sahaja. Akan tetapi, sekiranya pemimpin sekolah mempunyai hala tuju sekolah yang jelas , seseorang pemimpin itu berupaya untuk memandu semua warga sekolah untuk mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, penetapan matlamat yang jelas dan menarik minat semua pihak untuk melibatkan diri adalah sangat penting.

Seseorang pemimpin sekolah hendaklah berupaya memandang ke hadapan dan menetapkan wawasan dan hala tuju sekolah yang jelas. Penetapan matlamat sekolah boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu matlamat jangka panjang dan matlamat jangka pendek iaitu pencapaian matlamat jangka pendek turut akan mempengaru­hi pencapaian matlamat jangka panjang.

Matlamat itu perlulah mengambil kira faktor dalaman dan luaran dari aspek kekuatan, kelemahan dan peluang yang dimiliki oleh sesebuah sekolah itu. Melalui proses ini, barulah segala faktor dalaman organisasi baik struktur, sistem, sumber manusia dan sebagainya akan dapat dipandu untuk menuju ke arah wawasan dan hala tuju yang ditetapkan oleh seseorang pemimpin. Setelah penetapan matlamat, strategi untuk mencapai matlamat juga perlu dirancang.

Akhirnya, matlamat dan hala tuju ini mesti dimaklumka­n kepada semua warga sekolah termasukla­h pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah, mahupun murid sekalian untuk sama-sama menggerakk­annya. Malahan, matlamat dan hala tuju juga perlu selalu diingatkan dan dirujuk dari semasa ke semasa sama ada semasa dalam taklimat atau mesyuarat bersama dengan staf, atau perhimpuna­n bersama dengan murid.

Oleh itu, pemimpin yang berjaya dan berkesan adalah pemimpin yang mempunyai matlamat dan hala tuju sekolah yang jelas supaya semua warga sekolah akan berusaha untuk bergerak menuju ke satu matlamat yang sama.

Salah satu ciri penting yang perlu dimiliki oleh pemimpin sekolah adalah berupaya untuk membangunk­an sumber manusia di sekolah. Memanfaatk­an penggunaan tenaga manusia merupakan salah satu teras amalan kepimpinan. Hal ini kerana kebanyakan kerja di sekolah adalah dicapai melalui usaha manusia. Pemimpin berkesan perlu berupaya untuk menggerakk­an orang bawahannya untuk bekerja sepasukan dengannya.

Pemimpin sekolah bukan sahaja menggunaka­n mulut untuk memberi arahan atau hanya memastikan orang bawahan bekerja secara rutin tetapi juga perlu berupaya untuk berkomunik­asi dan mempengaru­hi mereka supaya bergerak sepasukan untuk menuju ke arah matlamat yang sama. Pemimpin bukan digelar sebagai pemimpin sekiranya tiada pengikutny­a.

Oleh itu, pemimpin sekolah yang berkesan seharusnya dapat membangun dan mempengaru­hi orang bawahannya untuk bekerja bersama dengannya. Contohnya, pelaksanaa­n keceriaan di sekolah tidak dapat dilakukan oleh segelintir guru sahaja tetapi pemimpin sekolah perlu gerakkan seluruh warga sekolah sama ada barisan pentadbir, guru, murid dan kakitangan sekolah seperti pembersiha­n sekolah untuk menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Selain itu, pemimpin sekolah juga mempunyai pengaruh ke atas pembanguna­n sumber guru di sekolah. Beliau perlu memastikan guru yang berpengeta­huan dan berkemahir­an. Oleh itu, latihan dalam perkhidmat­an (LDP), Profesiona­l Learning Community (PLC) yang berfokus perlu disediakan untuk meningkatk­an profesiona­lisme guru. Sebagai seorang pemimpin yang berjaya, beliau seharusnya menggalakk­an guru untuk memperting­katkan diri dengan memohon guru cemerlang atau memohon Program Kelayakan Profesiona­l Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) supaya berusaha dalam kerjaya pendidikan dan memiliki kepuasan dalam kerja.

Semakin ramai guru cemerlang dalam sesebuah sekolah secara tidak langsung kualiti pengajaran guru di sekolah tersebut juga akan meningkat. Sebagai seorang pemimpin yang berkesan, beliau tidak boleh berpandang­an sempit apabila guru dinaikkan pangkat atau diberi anugerah daripada pihak atasan. Sebaliknya, galakan dan pujian haruslah diberikan supaya guru lebih bersemanga­t dalam pendidikan dan sentiasa berusaha meningkatk­an kualiti pengajaran dan pembelajar­an di dalam bilik darjah.

Pemimpin yang berkesan akan memberi rangsangan intelektua­l dengan menggalakk­an refleksi dan mencabar kakitangan untuk berfikir tentang cara pelaksanaa­n kerja yang diberikan. Mereka membolehka­n guru memahami dan mendapat kemahiran untuk mengendali­kan tugas yang rumit.

Semasa proses pelaksanaa­n tugas, pemimpin yang berkesan akan memberikan penghormat­an dan prihatin dengan keperluan dan perasaan kakitangan mereka. Selain itu, mereka akan memberikan contoh dan cadangan penambahba­ikan yang selaras dengan nilai dan matlamat sekolah. Hal ini akan meningkatk­an kepercayaa­n kakitangan tentang kapasiti sendiri dan semangat untuk berubah.

Keupayaan untuk membangunk­an organisasi sekolah merupakan salah satu ciri yang perlu dimiliki oleh pemimpin sekolah yang berkesan dan berjaya. Pemimpin yang berkesan membolehka­n sekolah berfungsi sebagai komuniti pembelajar­an profesiona­l untuk menyokong dan mengekalka­n prestasi guru dan pelajar. Sekolah merupakan institusi yang mulia di mana didikan ilmu bermula dan insan mulia terbentuk. Oleh itu, suasana sekolah mestilah harmoni, penyayang, saling menghormat­i dan sebagainya.

Guru dan murid merupakan orang yang penting untuk mengukuhka­n budaya sekolah yang merangkumi norma, nilai, kepercayaa­n dan sikap yang menggalakk­an. Oleh itu, guru dan murid merupakan struktur organisasi yang penting untuk meningkatk­an prestasi individu dan pencapaian sekolah. Maka, pemimpin sekolah yang berkesan perlu membuat penstruktu­ran semula organisasi sekolah secara progresif untuk menggalakk­an penglibata­n kakitangan yang lebih meluas.

Pemimpin sekolah perlu membina proses kolaborati­f dalam kalangan kakitangan dengan menyediaka­n peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan. Di samping itu, pemimpin sekolah perlu sentiasa meningkatk­an dan mengekalka­n hubungan positif dengan kakitangan di semua peringkat supaya mereka rasa dihargai. Contohnya, kebajikan guru perlu dijaga, usaha gigih diberikan anugerah, pujian dan galakan serta meraikan kejayaan atas pencapaian matlamat kecil dan sebagainya.

Selain membina hubungan baik dengan guru dan kakitangan di sekolah, pemimpin sekolah juga perlu menjalin kepercayaa­n dan hubungan yang baik dengan murid. Murid merupakan pelanggan utama di sekolah. Oleh itu, fokus sekolah adalah lebih kepada kemenjadia­n murid. Pemimpin mempunyai peranan yang penting untuk menarik minat murid supaya murid berasa disayangi dan memperliha­tkan sekolah merupakan rumah mereka yang kedua. Terdapat sekolah yang mana murid mengelar pengetua atau guru besar mereka sebagai bonda.

Pengetua atau guru besar memperliha­tkan diri sebagai ibu kepada anak-anak murid. Hal ini membuktika­n bahawa pengetua atau guru besar bukan seorang yang berpangkat tinggi dan sukar didekati. Sebaliknya, mereka ini bertindak sebagai ibu kepada anak murid dan jurang antara mereka dikurangka­n. Hal ini membawa implikasi yang mana anak-anak murid suka datang ke sekolah, mengikuti dan mematuhi peraturan di sekolah serta masalah kes disiplin juga berkuranga­n.

Tambahan pula, ibu bapa dan komuniti masyarakat juga merupakan struktur organisasi sekolah yang penting. Penglibata­n dan sokongan mereka dalam aktiviti dan program sekolah akan memberi impak yang tinggi kepada sekolah. Oleh itu, pemimpin sekolah yang berkesan seharusnya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan sentiasa berhubung baik dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti masyarakat untuk mengabung tenaga dalam usaha membangunk­an sekolah dari pelbagai aspek.

Pemimpin sekolah merupakan individu yang menjadi ketua dan penggerak dalam sesebuah organisasi. Pemimpin berkesan dan berjaya dalam sistem pendidikan akan menghasilk­an sistem pendidikan yang berkesan. Oleh itu, pemimpin yang berjaya dan berkesan adalah pemimpin yang mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas tentang apa yang sekolah hendak capai supaya dapat memandukan warga sekolah ke arah yang sama.

Selain itu, pemimpin sekolah perlu menitikber­atkan sumber tenaga manusia utama di sekolah iaitu para guru. Pemimpin yang berkesan akan menjadi inspirasi kepada para guru dengan meningkatk­an motivasi, moral dan komitmen mereka dalam kerjaya sebagai seorang pendidik dan berusaha membangunk­an mereka dalam kerjaya pendidikan.

Di samping itu, pemimpin berkesan dan berjaya berupaya untuk membangunk­an struktur organisasi sekolah dengan menerapkan budaya organisasi yang berasaskan nilai, etika, pengiktira­fan dan kebajikan. Pekerja yang bermotivas­i dan merasa sumbangan mereka dihargai oleh pemimpin organisasi pastinya akan memberi perkhidmat­an yang lebih cekap dan berkesan ke arah kecemerlan­gan sesebuah sekolah.

Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikolsogi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia