Utusan Borneo (Sabah)

Kesederhan­aan amalan perbelanja­an Hari Raya Aidilfitri

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Berjimat dan kesederhan­aan menjadi amalan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini memandangk­an keadaan ekonomi negara yang dilihat lemah.

Pegawai Kastam Siti Naqila, 29, berkata persiapan Hari Raya bersama keluarga dilakukan secara sederhana dan mengikut kemampuan.

“Kini, orang ramai semakin memilih barangan yang mampu milik dan bersifat pengganti seperti susu pekat manis cap junjung diganti dengan produk sama berlainan jenama yang lebih murah.

“Begitu juga dengan persiapan kuih raya, kebanyakan kita kini memilih untuk membuat sendiri juadah itu,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Dzul Affandi Mat Noor, 34, turut berpendapa­t bahawa persiapan raya ala kadar dan berhemah pada ketika ini adalah satu perkara yang wajar diamalkan.

Katanya, ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya, oleh itu perbelanja­an perlu dilakukan secara berhatihat­i.

“Beli apa yang perlu dan bersederha­na dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri bagi mengelak pembaziran.

“Sebaliknya, selami makna Hari Raya dan eratkan silaturrah­im sesama keluarga, jiran serta rakan dan taulan,” katanya.

Kakitangan kerajaan Siti Salmah, 34, menjelaska­n pendekatan yang akan diambil adalah menyenarai­kan keperluan terdahulu sebelum kehendak.

Katanya, jangan sesekali terpedaya dengan tawarantaw­aran istimewa yang ada sehingga terbeli barangan yang tidak diperlukan.

“Berbelanja­lah ikut kemampuan dan bukannya nafsu... tips elakkan berbelanja adalah jangan terlalu kerap ke pusat beli-belah,” katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta Noor Zafira Mohd Shafie, 27, berkata sebagai seorang individu bujang, bekerja dan belajar maka, persiapan Hari Raya perlu dilakukan secara teliti tanpa pembaziran.

“Kita sedia maklum baranganse­karangsemu­anya mahal dan perbelanja­an haruslah ke arah keperluan berbanding kehendak.

“Pastinya langkah bijak yang diambil dengan melakukan tinjauan harga di kedai-kedai tertentu dapat membantu dalam perbelanja­an ini,” katanya.

Selain itu katanya, gunakan hak pengguna dengan sepenuhnya supaya ekonomi diri sendiri dapat diurus dengan baik.

 ??  ?? NOOR ZAFIRA
NOOR ZAFIRA
 ??  ?? SITI SALMAH
SITI SALMAH
 ??  ?? SITI NAQIAH
SITI NAQIAH
 ??  ?? DZUL
DZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia